Kami check out jam 8.20 pagi sebab dah janji dengan pak Nassir jam 8.30 pagi. Last day kami di Lombok. Sarapan kat Kabana Hotel ni sedap. Menurut kata pak Nassir, ini kawasan perkampungan Hindu. Dari Mataram ke Lombok Tengah ambil masa sejam setengah. Sebab depa takde highway. Pastu bawak kete slow and steady je.
|
Masih pagi. |
|
Pantai Kuta Mandalika |
|
Ada ramai yang menjual kat sini. Sila bertabah nak tolak cara paling baik. |
|
Budak tu asyik mengikut aku nak snap gambar kat sini. Usaha dia pujuk suh beli jugak. |
|
Liburan hari minggu. Mendung tapi tak hujan, tak pula panas. |
|
Masjid Nurul Bilad yang baru launched October 2017 oleh Pak Jokowi. |
Lepastu, kami terus ke Bukit Merese. Kena mendaki bukit ya adik-adik sayang.... Dah la musim kemarau? Berdebu pulak tu! Kat google, cantik bukitnya siap ada rumput hijau! Waktu kami datang, mak aiiii... dah tobek macam Bukit Broga daaa... Parking Rp10k.
|
Tak lama mendaki. 10 minit camtu je. |
|
Bawah tu Tanjung Aan. |
Kita boleh mendaki tinggi lagi dari sini. Alert dengan kanak-kanak kat sini. Depa akan usahakan nak tolong bawak barang la. jadi jurufoto la...bla..bla.. Tolak dengan baik. Depa sekadar nak dapatkan duit lebih untuk menampung hidup. Sekali kau deal dengan makcik jual kain, 10x orang yang berniaga kat area sini akan kerumun ang! Jadi, waspada. Kain-kain batik Lombok depa letak harga mahal. Boleh bargain. Aku dah terkena. Kakak pertama dan kedua charged aku Rp170k untuk 2 helai kain. Kakak ketiga dan keempat, kawtim nak bagi aku Rp100k jenis kain sama untuk 2 helai! Adeeh! Apa aku nak buat banyak-banyak ni? Kakak ke3 ke4 ni pandai memujuk. Aku tunjuk purse ada duit sket pun tak jalan. Aku nak minum air kelapa muda pun jenuh nak menelan! Lastly, aku beli jugak! herghhh! MF dah geleng kepala. Aku takle nak berkata tidak!
Then, kami ke Tanjung Aan. Sebelah Bukit Merese ni ja. Bayaran parking Rp10k. Jagung bakar dia sedap! Setongkol Rp10k. Pastu dok lepak la kat tepi pantai sambil makan jagung. Syahdu habis!
Aku nak pergi Batu Payung. Tapi, kena naik boat nak ke sana. Boatman charge Rp300k-500k per trip! Ombak kuat time ni. So, aku pun tak berani nak pergi.
|
Syahdu abam tu makan jagung. |
|
Kat sini kena bayar kalau nak lepak. |
|
Abam jual jagung. |
|
Tadaaaa! |
|
Sampai dah boring nak snap kat buaian ni! Hahahaha! |
Banyak masa lagi ni! Kami g makan dulu. Singgah kat Pantai Kuta Mandalika untuk lunch. Sengaja lepak lama-lama sebab tunggu MF charging hand phone. Kami pun lupa nak bawak power bank.
|
Ayam Taliwang lagi. |
Then, kami dah bosan nak lepak lama-lama, terus ke Sesak Sade Village. Kakak kat Bukit Merese jual kain tadi bagitau, kain tenun kat Sade Village ni lebih mahal. Bila aku tanya local, dia kata sebab depa tenun pakai benang khusus. Mana satu nak percaya ni? Hahahaha!
Sampai je korang kat Sade Village ni, akan ada local dari suku Sade yang akan entertain korang. Nanti, bagi la seberapa ikhlas yang korang nak kasi. Sedekah.
Baru la kami clear, kenapa orang Lombok terkenal dengan larikan anak dara orang. Suku Sade ni wajib larikan anak dara kalau berniat nak bernikah. Kat sini, kalau merisik ka atau meminang cara baik dikira sebagai melanggar adat! Pulak! Jadi, si lelaki tadi deal dengan gadis yang disukai nak dilarikan. Wajib lebih dari 3-4 hari tau? Tanpa pengetahuan keluarga dua belah pihak! Suku Sade bernikah dengan sepupu saja untuk mengekalkan adat dan kekeluargaan. Walaupun ang kezen dan tak suka dengan bakal suami yg juga kezen ang! Once dah kena kidnap, no way to turn back! Ang dah dipilih! Gitewww! Takutnyaaa! Kena kawin paksa!
|
Tepi jalan je. |
|
Rumah depa dah berusia lebih 100 tahun. |
|
Haa.. baju biru tu la bagi penerangan kat kami pasal Sesak Sade ni. |
|
Ruang santai |
|
Hasil kerja tangan penduduk. |
|
Selain bertani, depa buat kain tenun. |
|
Contoh rumah Sesak Sade yang berusia lebih 100 tahun. |
|
Tenang. |
|
Atap pakai rumput lalang. |
|
Simen tu dicampur dengan najis sapi/kerbau untuk buat struktur lantai kukuh. |
|
Nenek ni suh aku snap gambar dia sedang menenun. |
Better korang singgah untuk lebih memahami suku kaum yang ada kat dunia ni. Selain tu, boleh juga tolong derang menjana pendapatan bukan setakat harap duit suami bertani.
Mungkin korang ada banyak duit kat dalam bank, tapi jangan lupa pada yang kurang upaya. Bersedekah dan beramal jariahlah kalau korang ada lebih. Tak muflis pun kalau bersedekah.
"Obviously, you would give your life for your children, or give them the last biscuit on the plate. But to me, the trick in life is to take that sense of generosity between kin, make it apply to the extended family and to your neighbor, your village and beyond."
Comments
Post a Comment