Sapoong Korean Restaurant, IOI Mall Putrajaya


Misi ke IOI Mall malam tadi nak layan Misi Mustahil (Read: Mission Impossible) je! Food Junction penuh, Restoran belah bawah pun ramai! Depa ni cuti raya lagi ka? Jeles sungguh guwa! Herghhhh! Banyak lagi cuti ampa nak berpeleseran kat mall eh? 

MI starts on 8.50 pm. Ada masa lagi sebab MF solat kat sini. Nak solat ada 2 pilihan. Kat tingkat 2 atau P3. Better pegi P3 sebab tak ramai orang (untuk wanita). 

Terserempak dengan kedai ni. Aku tak familiar. So, takleh bias kata tak sedap. Orang pun nampak tak berapa ramai. Kita try jom?
Sebelah District 21 (area bebudak)

Dah kenalpasti apa nak makan? Jom usha menu. Perut dah mintak diisi.
Pajeon best! (Lempeng kucai)
Set pun ada.
Aku tak try dessert ni
Menarik kalau makan jemaah

Perut aku tak berapa nak lapar. Kalau nak makan meriah camni, kena la bebetul lapar dan dengan kawan-kawan. Baru best kot nak berannyeong haseyo? #tiber
Lime juice
Green tea ice. Set yang aku pilih tadi

10 minit kemudian, makanan aku sampai. Tak teruja sangat la nak makan "megi" ni. Sebab kat rumah pun boleh masak (aku dah prepare Samyang kat rumah kot teringin nak berkorea bila terasa nak makan) Hehehehe!
Ramyeon
Topokki dan sayur mayur.
Topokki ni sedap! Kenyal
Aku pernah bias dengan kek beras ni dulu. 
Pajeon (lempeng kucai)

Ni jela makanan yang kami cuba. Lain kali boleh datang lagi dengan kawan-kawan. Setakat makan berdua order banyak, kesudahannya mesti membazir ja.

Sebenarnya, kami nak makan kat KFry Urban Korea. Tapi ramai orang beratur. Sebab tu la tersesat sampai atas cari kedai makan yang tetiba tekak nak rasa. Not bad!

"Baegopayo. Bap mukja.
I'm hungry. Let's go eat!"


Comments

Popular Posts