Aku dah bagitau Mary petang semalam yang kami nak check out jam 7.15 pagi. Dia yang sediakan kami sarapan. (Breakfast included). Omelette dia sedap walaupun simple. Semalam, kami dah deal dengan driver Cidomo untuk hantar kami ke pengkalan. Harga sama. Rp150k sehala.
|
Tenang di awal pagi di Gili Trawangan. |
|
Kedai yang belum dibuka. |
|
Aktiviti pagi di pengkalan. |
|
Ingatkan kami yang paling awal. |
|
Angin takde, tapi ombak bergelora. |
Kami deal dengan pak Nassir jam 8 pagi kat Teluk Nare. Ngam kami sampai jam 7.57 pagi. Tak lama kemudian Pak Nassir sampai. Kami mulakan penerokaan kat Villa Hantu, Malaka. Kat situ ada orang jual mutiara air tawar dan air masin. Harga tak sama. Kita boleh bargain. Aku dapat seutas Rp100k. Aku beli kat 2 orang yang berniaga kat situ kasi fair. Tak sampai hati nak menolak.
Villa Hantu dapat nama sebab owner tinggalkan rumah ni terbengkalai. Bukan sebab ada hantu ka apa. Ni view dari dalam bilik utama. Kalau siap villa ni, mesti cantik nak layan view! Fuhhh!
Pastu, kami ke Pradje sebab nak cari beg bulat kegilaan gadis-gadis hipsssssster kat Malaysia! Pfftttt! Geng Krabi aritu order, ni semua start dr SF la ni! Tapi takpalah, depa dah bank in duit sesiap. Bukan kirim ayaq lioq!
Aku dah check dengan Pak Wahyu, suh usha harga sebelum aku sampai aritu. Dia siap snap dengan harga sekali. Lingkungan 250k-300k ikut design katanya. Lastly, kami beli kat area hasil kerja rotan dan bamboo je area Mataram.
|
Sempat la live update dengan SNA, ML dan SF corak mana yang berkenan di hati. |
Sampai Pradje (kedai souvenir utk tourist kat situ) beg jenis bulat tu dah habis stock! So, kami beli jela makanan local orang Lombok untuk dibawa balik sebagai ole-ole. Satu kedai famous lain untuk souvenir, Sasaku. Kat situ, puas hati nak beli t-shirt kualiti best. Size XS-S harga Rp80k sehelai. L-XL Rp95k sehelai. Kain tenun pun cantik-cantik. Tak macam Pradje, kualiti kain sangat nipis. Berbaloi dengan harga, Rp50k sehelai. Tapi, hasil batik kat kedai tu cantik!
Dah penat berjalan kat kedai-kedai, kami singgah (mampir) makan kat kedai yang direkemen oleh pak Nassir. RM Taliwang Alam Nyaman. Ajak dia makan semeja, dia segan. Katanya, makan di nasi campur ajaaa! Tapi, waktu nak bayar kat kaunter, cashier tanya sekali bayar dengan supir ke? Aku jawab ya.
|
Kasir tu kaunter eh? |
|
Depa dah susun untuk rombongan bas kot? |
|
Aku try Lombok coffee sekali lagi. |
|
Cumi bakar dia sedap! |
|
Ruang masuk |
|
Secangkir kopi Lombok |
|
Sate ayam |
|
Cumi bakar |
|
Gurami apa benda ntah? |
|
Sanggup keluar jalan kaki nak snap kat sini. Hahaha! |
|
Nyaman banget! |
Lepas makan, aku mintak pak Nassir berhenti kat mana-mana pasar yang ada jual telekung solat. Aku bajet macam jual kat Bandung ke, Jakarta ke? Sekali jumpa telekung design ala-ala masyarakat kat sini le pulak! Confirm la mak aku tamau pakai! Hahahahaha! Bukan rezeki dia. Aku belikan ayah baju siap. Pastu ada kedai jual textile. Fuhhh gila aku sopim! Kain cantik-cantik kat sini.
Then, kami singgah di Pura Mayura. Tapi, aku malas nak masuk. Then kami berpatah balik ke Senggigi sebab tour kami 12 jam. Lebihan jam bayar OT. Kami terus ke Pura Batu Bolong. Temple hindu sebenarnya. Tak boleh masuk kalau pompuan tu haid. Kena bayar Rp10k sorang siap ikat dengan tali merah di pinggang.
|
Tepi jalan. |
|
Depa baru lepas semayang |
|
Alert dengan anjing yang berkeliaran tau? |
|
Macam menarik! So, aku masuk ikut situ. |
Tak lama aku kat sini. Dalam 15 minit ja. Takde hape sangat. Tapi snap sunset mesti lawa area sini. Pastu, kami dah tak tau mana nak pergi? Awal lagi nak check in hotel. So, kami suruh pak Nassir bawak kami g mall. Sambung shopping yukkk! Hahahahah! Kami singgah di Lombok Epicentrum Mall! Boleh tahan gak la jenama dalam mall ni. Menariknya, kat sini sekarang sedang sales! Aku pulak suka nau dengan bawal instant Indonesia ni! Kreatif! Baju pun cantik! Apa lagi? Beli la.
Sampai hotel jam 6.30 pm. Sepatutnya kami check in di Akila Hotel. Tapi, kami ditransfer ke Kabana Hotel sebab kat Akila penuh! Ehhhh! Aku dah booking kot? Kami pun dah penat, so, pergi jela ke Kabana tu. Malas nak banyak cekadak. Nanti kat review agoda, aku complaint jela. Kabana Hotel charged us sama harga macam agoda bagi kat email, Rp330k per night.
Setel jamak, lepas Maghrib kami plan nak keluar berjalan kaki cari kedai makan. Ada je pilihan kedai. Tapi nak lebih jauh katanya. Tahan teksi. Cost us Rp8620 ikut meter. Bayar parkir Rp2k. Driver taxi tanya nak ke mana? Aku kata port makan local famous kat sekitar ni. Dia rekemen kami makan kat Taliwang Irama.
Tak sempat nak snap sebab dah lapar sangat. Cukup la aku cakap, ayam dia unik sekali dengan sos. Tapi stay tak mencapai citarasa aku la. Sebab makanan kat Jakarta sedap-sedap! hehehehe!
Kami dah penat. Malas nak menyinggah mana-mana tempat menarik kat Mataram ni dah. Better balik tido! Esok, last day kami di bumi Lombok. Harap bertenaga!
Comments
Post a Comment