Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Selamat Hari Natal dan selamat bercuti, Malaysia! 

Plan otak seminit kali ni, kami ke Port Dickson. Lucky us, rate bilik pun tak mencanak naik. Lepas kenduri Qish di Nilai, kami terus gerak ke PD. Jalan agak sesak, but still can manage our time well! Apa yang ada kat Avillion Admiral Cove PD? Let's!




Urusan check in, smooth je. Nak add on untuk sarapan boleh bayar terus di kaunter. Nanti dia akan masukkan voucher sarapan sekali dengan kunci bilik. Yang aku tau, bawah 4 tahun tak perlu bayar apa-apa. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM18/person. Nak mandi, dari jam 8.30 hingga 6.45 petang (for now). Nampak awan dan langit cerah! Harapnya ada chance snap sunset petang ni. Ameen!








Keadaan bilik, just nice, tapi ada bau tak best dari bilik ni yakni bau cadar. Maybe just basuh guna basic detergent dan ruang koridor ke bilik pun kecik. Towel pun just untuk lap badan. Towel lap kaki atau handkerchief memang langsung tak ada. Else, lupa letak? Wallahualam. First and last kat sini. Huhuhu! Tak buang masa, kami turun nak tengok apa menarik pulak kat area hotel. Yang pastinya, kalau korang nak mandi pantai atau buat aktiviti pantai, korang kena jalan kaki ke private beach property sebelah.












Settled pow santa gula-gula, aku naik bilik sebab bosan lepak kat bawah ni. Nak main ATV, kena bayar RM45/30minit kalau tak silap aku. Esok pagi, kami naik basikal jalan-jalan sekitar hotel dan marina kondo kat sebelah. RM50 dikenakan untuk 30 minit (tandem bike for 5 persons). Selain aktiviti berbasikal, ATV, korang boleh memanah dan berkayak. Jet ski still under maintenance. 

Bilik kami termasuk sarapan. Jam 8.40 pagi camtu kami dah turun. Ramai pulak orang kat dalam ni, crew mintak orang terkemudian terus ke dewan sebelah. Aku suspected makanan tak sama dengan kat dewan makan utama. Huhu! Rasa mi goreng dan nasi lemak tu biasa ja. 





Comments

Popular Posts