Taman Negara Pulau Pinang (Penang National Park): Edisi naik boat

Dengan semangat jitu yang tinggi dan berkobar-kobar, kami keluar dari hotel untuk sarapan dulu di Warung Pak Leh-Ha area Teluk Kumbar. Pekena roti canai telur bawang dan nescafe panas kaw berasap sampai Perlis! =p Sepatutnya kami nak hiking ke Bukit Genting. Tapi macam tak menarik je? Nasib la kami cancel the plan! Memang tak menarik pun! Nanti aku share di lain kalam. Sekarang, perut dah kenyang, jom bakar lemak pulak! Versi kali ni, ke Taman Negara Pulau Pinang bukan by hiking ye kawan-kawan? Edisi malas sebab AM & SN berbaju santai macam nak ke mall! Hampeh betui! Aku dengan AA haruslah bergaya acah memang hiking tahu?

Dimulakan dengan Bismillah, kami parking kereta di kawasan parkir Taman Negara PP. Kalau nak masuk hutan, menikmati alam semulajadi, hanya RM10/person untuk warganegara Malaysia. Bayaran parking RM4 dikenakan.







Tadi, waktu bayar parking, kami tanya pasal boat nak pusing-pusing Kerachut. Then dia bagitau cari payung warna merah putih. Try la recce harga dulu sebab katanya payung merah putih tu boleh bagi harga patut. Kami nampak je payung merah putih, terus tanya je. Malas nak fikir.
Harga ke sekian tempat tak sama. Kalau korang just nak jalan-jalan makan angin setakat ke Monkey Beach, dari point jeti Taman Negara ke Monkey Beach, just RM100/boat. Muatan 10 orang. Boleh tong-tong dengan orang lain kalau sama destinasi. Kalau nak private, bayar la harga RM100 tu. Tapi, misi kami acah National Geographic. Haruslah nak cari konten sampai Pantai Mas. RM400/boat kalau sampai ke situ. Tapi, tak berbaloi sebab air sedang surut. Boat tak boleh masuk sampai ke dalam paya Pantai Mas. So kami decided sampai ke Teluk Kampi je. RM300/boat untuk kami 4 orang. AA mintak tawar, then dapat la RM280/boat. Perjalanan kami berbaloi, sebab jumpa penyu secara live dan takde peluang jumpa ikan lumba-lumba.


Kalau nak hiking ke hutan, boleh masuk dari belah kiri tu. Dari sini ke Pantai Kerachut dalam 3.5 km kalau tak silap pendengaran aku. Ke Teluk Kampi, 5km. Kami rela basahkan badan dengan air laut je! Trauma jumpa ular kapak di hutan Sedim semalam masih merajai kepala otak kami. 






Batu kepala buaya
Batu arnab

Pit stop yang pertama adalah ke Teluk Kampi. Ada tapak khemah kat kawasan tu. Renjer ada je tinggal kat situ. Nak berkhemah ke apa, kena mintak permission dari kaunter tadi. Bayaran tu aku tak pasti berapa. Yang pastinya, aku tengok keadaan pun macam scary movie je? Tak berani aku haih! (dasar penakut! dan bukan pencinta hutan).









Kami lepak kat Teluk Kampi dalam 15 minit je. Main buai, snappy around serba sikit. Pastu ada geng Chinese ngah masak lauk tengahari. Boleh pulak camping area ni. According to our boatman, during CNY je dibenarkan camping kat area Teluk Kampi. Sekarang ni belum CNY pun ada orang, so dia pun tak pasti. Kami buat muka macam berminat ja sebab aku memang tak suka camping.

2nd pit stop, Pantai Kerachut - Meromictic Lake (lapisan 2 jenis air yang berlainan, atas air masin, bawah air laut). Tasik jenis atas bawah air lain ni hanya ada 2 di dunia. 1 di Taman Negara Pulau Pinang, dan 1 lagi di Lake Fidler, Tasmania, Australia. Kat Pantai Kerachut pun ada kawasan penetasan telur penyu. So, kawasan Pantai Kerachut ni adalah yang paling penting untuk dilawati.

Penat nak jalan naik weeehhh!











Tasik Meromiktik

AA tanya camana nak beza air dalam tasik ni? Aku suh dia minum! Tutup kes! Hahahah!
Air tasik yang bercampur ni tunggu masa nak pecah di kawasan tebing pantai. Once dah sarat, tebing pecah, bahaya kalau ada orang berdekatan. Waktu aku datang tahun 2015 dulu, kami hiking dari pintu masuk ke Pantai Kerachut. Dulu kami tengok tasik ni kontang je tak banyak air. Sekarang boleh nampak penuh kawasan tasik ni dengan air bercampur. Ikut luck korang kalau datang ke sini kelak.





3rd pit stop adalah Monkey Beach! Yearghhhhh! Perut dah lapar! Aku tunggu nak ngap je ni! Sekarang dah jam 1.30 petang! Kami started dari jeti tadi 11.30 pagi. Kedai makan tak banyak sangat kat sini. Jadi la melapik perut yang lapar. Area Monkey Beach ni, ramai yang mandi walaupun kawasan pantai sangat banyak sampah sarap. Selain tu, korang boleh sewa private villa/banglo dekat dengan laluan naik ke light house! Aku sorang je beria nak naik, lagi 3 orang, cekelat angin! Huh! So, takde la gambar nak share ngan korang light house yang boleh masuk bahagian dalam tu. Sedih!








Laluan naik ke light house dari 1883. Tapi nak naik tu scary.

Lepas layan nasi goreng sedap tapi air teh hambar, kami jalan-jalan sekitar sini. Nak main kayak dan jetski pun ada kat area private villa tu. Korang boleh bersuka ria kat area ni ikut suka masa korang. Tapi kami dah letih. Nak balik bilik untuk rehat. Malam ni plan nak makan kat Teluk Tempoyak! 

For me, berbaloi untuk bayaran masuk ke Taman Negara Pulau Pinang ni. Cuma kalau setakat nak bersantai, boleh ambil boat ke Monkey Beach atau nak bawa anak-anak mengenal alam, boleh lajak ke Pantai Kerachut. 

Untuk kalian pencinta hutan, tahniah! Jika kamu benar mencintai alam, kamu akan menemukan keindahan di mana-mana. (^_^)Y

Comments

Popular Posts