Tree Top Walk Sungai Sedim, Kedah

Lepas out station, kebetulan memang ada trip dengan SN kat utara juga. So, burn tiket flight aku dari KL, kami decided jumpa terus je kat Penang. Touchdown dari KL, SN dah deal sewa kereta dengan website manantah. Axia, RM250 untuk Jumaat pagi sampai la jam 2 petang Ahad. Okay la kan? Jam 9.45 pagi camtu SN sampai Seberang Jaya picked me up. Ke mana kami kali ni? Let's menikmati alam semulajadi! Yearghhhhh! Tree Top Walk Sungai Sedim, here we come! World's longest canopy walk guys!
Kalau korang setakat nak mandi manda atau main water rafting, bayaran RM2 dikenakan setiap orang. Parking dan terus berjalan naik ke Tree Top Walk ni. Kena daki sikit ke atas, dalam 10 minit berjalan tanpa hirau pemandangan semula jadi di kiri kanan. Kalau korang jenis kejap berhenti nak OOTD ke hape, memang la makan masa nak naik. 











Okay, berada di laluan yang betul dan kami menyerah kepada alam untuk hari ini. Dari Seberang Jaya ke Sedim ni, dalam sejam jugak tau? Please plan your timing. Selain water rafting, korang boleh buat aktivi ATV sekitar sini. Berapa RM tu aku tak pasti. Jangan buang masa, let's start our way! Yey!















Waktu berjalan ni, sambil layan bawah. Risau ada patah ke hape. 


Orang bercinta berjalan menikmati alam memang lambat nau nak gerak! Pfffttt!



Kawasan ni yang aku berselisih dengan ular. Kami assumed tu ular dahan, tapi ada bintik merah oren kat badan. Bila check dengan renjer di kaunter, dia tunjuk spesis ular yang dia ada, rupanya tu bukan ular daun tapi ular kapak! Bahaya ye kawan-kawan.. ular jenis berbisa di trek! Terus renjer tu pergi check laluan kami tu. Tadi kami nak elak ular tu, AM kuis-kuis dengan dahan kayu mati yang terjuntai. Still rasa tak selamat sebab ni hutan. Spesis ular lain atau binatang lain kiri kanan laluan pun boleh jadi kita jumpa waktu berjalan di trek. SN ajak patah balik, tapi kami dah dekat sangat dengan laluan masuk. AM yang takut ular pun terpaksa jadi hero kami dan let us berlari atas trek ni sekuat hati. Hahaha! Bahaya berlari atas ni. Tapi sebab SN tolak aku dari belakang, nak tanak aku terpaksa lari jugak. Hampeh betul! Penting diri budak ni! Huh!
Lega bila dah nampak sign kaunter ni! Fuhhh! Aku paling benci dengan ular. Maybe sebab spesis invertebrate (takde tulang belakang) kot? Rasa geli je! Plus, aku pernah berselisih dengan anak-anak ular waktu mendaki ke Gunung Tok Wan past few years dulu terus demam esoknya! Harapnya, aku tak demam esok! Ameen! 

Oleh sebab trek kanopi atas hutan ni paling panjang di dunia, sebab tu kami singgah. Ikutkan hati, kat KL pun ada. Hahahah! Gigih bebeno! Tapi, bagus jugak. Leh share ngan korang apa yang ada kat sini berbaloi atau tak RM12/person yang korang bayar sebelum masuk kanopi ni. Okay la, perut dah lapar. Let's ke Baling untuk makan pulak!

Comments

Popular Posts