Rimba Cafe, Kuala Kedua, Kedah
Korang nak rasa kelainan makan dalam sungai tak? Tapi bukan di Kemensah, jom kita try kat negeri Kedah pulak! Sebelum ni, aku dah share pasal Kemensah. Hari ni, meh aku bawak korang makan kat Baling pulak. SN dah booking untuk meja dalam air sebulan sebelum kami datang ke sini, nanti crew akan bagi set yang kita kena pilih dan RM50 as a deposit. SN tanya nak slot jam berapa? So, aku mintak dia amik jam 2 petang sebab kami dari Sedim pun dalam sejam lebih jugak nak sampai Baling.
Oleh sebab pekerja lelaki belum balik dari solat Jumaat, kami lepak meranduk air dulu. Waktu ni, air deras. Careful kay? Aku pakai tracksuit and t-shirt, so mudah la nak selingsing kaki seluar waktu meranduk tu. Cuma kalau pakai kasut renang lagi rilex je meranduk sebab batu-batan tajam dalam sungai tu. Dalam 2.30 petang, menu kami tiba. Orang yang bawak makanan tu rilex je 2 belah tangan angkat lauk. Aku nak bawak diri pun terkial-kial.
Kari batang pisang
ikan pekasam
Asam pedas pari (pari macam tak masak)
Ikan sebarau bakar
SN bantai order 2 ekor ikan bawal goreng. Kami bertiga untuk hari ni sebab flight AB malam nanti. Dia assumed AB ikut kami full day. Jenuh nak meratah. Aku just makan sebarau aku je. Tu yang utama. Ikan pekasam, aku just rasa. Sedap kalau makan dengan nasi panas dan air asam.
Jadi, kalau korang nak ke mari, sila plan hari dan waktu. Booking meja siap-siap untuk memudahkan urusan korang kelak. Nak masuk ke area Rimba Cafe ni, RM5/car dikenakan. Facilities macam toilet, tempat persalinan dan surau, ada disediakan. So, enjoy the moment!
~Bon appetite!~
Comments
Post a Comment