Persediaan masuk ke Singapura (Temasek)

Voucher Jetstar harus digunakan sebelum December 2023. So, with immediate thinking, nak melilau ke mana untuk habiskan sisa-sisa hidup ke tahun baru. Harapnya the more will come! So, boleh la share lebih banyak tempat menarik dengan korang. 

Yeargh, nak dijadikan cerita, newbie macam aku yang dah lama tak ke luar negara, mesti la terpisat-pisat nak cari ilmu pengembaraan terkini dengan para blogger dan vlogger. Apparently, aku lebih prefer blog dari utube channel. Maybe senang nak baca di kemudian hari and here is the personal experiences kot? Dah tua bangka nanti, boleh baca balik apa yang dah dibuat zaman muda mudi dahulu. Ehek!




Firstly, Jetstar mintak para penumpang check in di kaunter. Dalam masa sama korang kena isi SG Arrival Card by online (3 hari sebelum berlepas). Selain tu, kena masukkan info pasal vaksin korang. Just pergi kat MySejahtera dan generate sijil vaksinasi korang tu. Kalau tak vaksin? Boleh isi SG Arrival Card je.

1. https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard/ (3 hari sebelum berangkat)

2. https://eservices.ica.gov.sg/STO1/VCP (valid sebulan dari tarikh declaration)

3. Tukar duit kat SG lagi murah (kat Orchard Sentral) dekat dengan Sketchers kalau tak silap 

4. Tempat yang ingin dilawati (aktiviti)

5. Naik public transport, ensure nak naik bas atau MRT atau Grab (semuanya boleh pakai debit/credit card)

6. Hotel di kawasan mana yang korang nak inap




Baik jalan darat, udara atau air, sama je korang kena submit by online. Kalau korang terlupa, boleh isi depan immigration, cuma akan buang masa sebab declaration by online sangat memudahkan. Valid sebulan korang stay kat Singapore. Konon nak singgah Jewel, tapi lain kali aku update.

Di tahun baru, semua hotel harga mencanak, hanya mampu stay kat budget hotel dah kira bertuah. Aku stay kat 81 Hotel Jalan Foch. Dekat dengan MRT Lavendar (750m) gak berjalan kaki kalau tak silap percaturan. Kami naik Grab dari Terminal 1 ke 81 Hotel Elegance, costed us $24/ride. 

Area Bugis street, kena jalan kaki ke Sultan Mosque, Haji Lane and so on. Kalau korang dah pandai cari jalan, jadi sekejap je. Macam, dari SOGO berjalan ke Maju Junction la kiranya. Area situ 'hidup' sampai jam 3 pagi kalau bar. Kedai makan Muslim, until jam 10 malam camtu.

7. Tax refund
Korang boleh simpan resit yang korang shopping baju ka pasu bunga ka hapa sebelum keluar dari Singapura. Macam kami, setakat resit makan je berlambak, so tak valid nak claim tax refund. 

Harap dapat membantu korang ke Kota Singa kelak. Another 2 weeks nak masuk lagi. So aku tak perlu buat health declaration sebab valid 23 Dec (tarikh aku isi health declaration) hingga 22 Januari 2023. Nanti derang akan hantar pdf ke email kita.

Comments

Popular Posts