The Orchard Wellness & Health Resort, Melaka

Menjelang tahun baru yang bakal tiba, we should feel into nature la pulak. Make this short, kami dari JB ke Lubok Cina, Melaka. Nak keluar ke pekan memang ambil masa. Paling dekat ke Tanjung Bidara which was kami dinner kat situ. Saja nak snap sunset, tapi awan tebal. Dapat la sinaran cik matahari semata-mata. Takde rezeki. Let's find The Orchard Wellness & Health Resort guys! Memang jauh ke dalam.










Resort ni merupakan members of Healing hotels of the world. Kalau korang nak healing hati ke, jiwa ke atau nak cari ketenangan, maybe sini merupakan tempat yang awesome untuk jiwa korang yang mencari ketenangan, kedamaian & jauh dari hiruk pikuk kota. Ahhhh gitchewww! Tapi, jiwa aku yang meronta bila nak balik? Sebab aku tak suka bunyi unggas dan cengkerik! Tacoooodd (read: takut). Aku tak suka tempat yang sunyi sepi. Bosan!

Selain berbasikal, walking distance into the orchard, kalau kena dengan timing musim buah durian, silakan kopek dan makan! It's free! Canopy walk pun ada. Tapi nampak scary sebab tak macam canopy walk yang aku pergi kat Sedim tu. Huhuhu!! Mandi kolam, gym dan library pun ada. Himalayan salt kena bayar kalau bilik korang tak sediakan pakej tu, same goes to jakuzi at the spa. Malam, kalau korang bosan, boleh ke auditorium (dekat dengan Apetit Cafe) untuk layan movie for free! Line Celcom 1 bar je. Hinsssss... WIFI hotel lak problem sampai jam 9 malam, memang dengar kesunyian la aku! =p

Jenuh nak angkat beg tarik naik atas uiiii!















Our second time checked in (with pool)








Himalayan salt room
Sauna room




Okay, dah penat jalan kaki sebab aku bersendirian cuma mengikut jiran sebelah bilik sightseeing jalan kaki ke kebun durian dan sayur. Semak samun dan kehijauan ni, risau pulak kalau terserempak dengan binatang berbisa. I hate invertebrate species! Ohhh maaaan! Dah, jom makan pagi! Jam 8-10 pagi je makanan pagi disediakan. Oleh sebab bilik kami untuk 5 orang, so voucher for 5 persons are complimentary. 







Roti canai ni sedap. Teringat kuah kari dengan kopi padu depa! Haissssy! Terubat sket 'kesunyian' waktu menghabiskan sisa waktu kat resort ni. Esoknya, aku kena chase flight ke Singapore. So, tak boleh nak buang masa ke airport pulak dari Lubok Cina. Nak dijadikan cerita, laluan ke highway pagi tadi, ada accident and stuck with both ways kat jalan kampung. Aduhhh! Nasib la ada brother kat kampung ni dah tunggu kat tepi simpang bagitau kat kami situasi semasa. Laluan alternatif, terpaksa ke Pedas/Brisu. Still on timing aku sampai di airport sebelum jam 12 tengahari. Pheww!

Kalau korang tanya berbaloi atau tidak, depends pada kemahuan jiwa masing-masing. Aku nak berangkat dah ni.

Signing off Malaysia!
(^_^)Y

Comments

  1. Fascinating and motivating. Saunas are useful. Need to have more facts. Any article content?    saunajournal.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. U may read at https://orchardwellness.com/ for any info =)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts