Da Nang, Vietnam: Dragon Bridge & Shopping souvenir
Kalau korang ke Bandar Da Nang pada hari Sabtu, jangan lepaskan peluang untuk melihat Dragon Bridge show jam 9 malam pada setiap hari Sabtu. Ini apa yang diberitahu pada kami oleh driver yang kami appointed untuk hantar dan pick up kami dari Son Tra Resort & Spa ke Halal Food Karim dan ambil area Dragon Bridge. Kami dah arrange dengan resort je during checked in tadi.
Dari Halal Food Karim ke Dragon Bridge hanya berjalan kaki 800m camtu je. Brisk walk la konon lepas kenyang makan banyak tadi! Huhuhu! Tapi, MF tak nak singgah ke Son Tra Night Market sebab kami dah beli souvenir di Hoi An dan Quamientrung dekat dengan My Khe Beach tadi.
Dipendekkan cerita, aku lebih suka shopping souvenir kat Hoi An berbanding di kedai ni. Nampak macam souvenir dahulu kala. Tak up to date! Depends on your budget. Mostly banyak makanan dijual kat sini. Cuma tak confirm taraf halal walaupun biskut kelapa dan kerepek buah nangka.
Aku layan google je tengok kepala naga ni keluarkan api dan air! Kami malas nak tunggu bersesak dengan manusia waktu berada di marina waterfront ni. Plus, nak cepat balik resort sebab nak tidur dan kemas barang untuk balik ke KL.
Jalan kaki dari Halal Food Karim
Son Tra Night Market dari jauh
Comments
Post a Comment