Sham Hammer Ikan Bakar Special, Bayan Lepas
Kami tengok rate kedai ni 3.4 stars. Tapi waktu balik dari Balik Pulau siang tadi, lalu kawasan ni macam menarik. On the spot mintak family aku bersiap nak dinner kat Sham Hammer Ikan Bakar Special! Apa yang special? Tak sure. Mostly complaint pasal kualiti makanan dan lambat dihidang! Kalau pergi malam minggu mesti lambat kan? Normal. tapi jangan terlalu lambat! Sebab manusia yang sedang lapar ni, faham-faham jela tahap kesabaran auto tukar jadi Hulk! Huhuhuhu!
Aku ingatkan ikan bara tu ikan special, rupanya ikan merah! Cait!
Ikan bara yang telah dibakar
Sotong goreng tepung yang umph!
Ikan bawal masak 3 rasa
Masak hitam ni aku tak sure, tapi memang sedap
Tomyam pok tek
Aku tak suka cara masakan ni, tapi sebab ada dalam pakej menu yang kami pilih, belasah jela
Bagi aku, ada masakan yang so-so dan sedap! Ikut tekak memasing. Untuk 10 orang, RM490 untuk hidangan di atas termasuk 2 jag air buah-buahan, tembikai dan epal! Semua habis! Tomyam poktek je terpaksa bungkus sebab perut dah kenyang! Ada hati adik aku ajak singgah food truck pulak? Ate giler ke kome?
Selain Sham Hammer, ada Laluna Restaurant dan Gelas Besaq by the sea kalau tak silap. Nak cari parking waktu malam, sangatlah terhad! Imagine during weekend? Phewww! Adik aku cakap, sebab sekarang tular port orang jogging exercise memalam.
Semoga bermanfaat waktu korang ke Penang!
Haria Penang haria!
Comments
Post a Comment