A morning walk at Taman Putra Perdana, Sambal Hijau Sungai Pencala, KL, Little Craving One Utama

Hi guysss! Lepas makan, perut kenyang, kalori dah over? Bawah Pulse Grande Putrajaya tu dekat je dengan Taman Putra Perdana! Selama hidup ni, baru nak sampai sini. Heheheh! Moh le kite wahai teman! 

Ni laluan turun naik Pulse Grande Putrajaya. Dapat la aku 3.5km sepanjang aku berjalan-jalan kat taman ni. Not bad huh? Bakar la jugak kalori makan mihun and nasi lemak sket! Heheheh! 












Kebanyakan orang beriadah dengan familia. Ada yang main badminton, basikal and picnic. Syok jugak la... Tapi sebab aku bukan jenis bangun pepagi, syok camana pun, tetap aku malas nak pergi sesaja camni. Hahahah! 






Aku pun dah masam berpeluh ni. Terus naik hotel pulak. Menapak naik bukit lagi. Betis dah start sakit! Padan muka! Stamina pun kena cari balik. Then, lepas check out, ajak MF makan kat Restoran Sambal Hijau, Sungai Penchala sebab dia ajak pergi One Utama. Malas nak cari makanan dalam OU tu. Bosan! Parking agak terhad, jalan kecil je. So, hati-hati dengan pejalan kaki. 


Kami beratur tak lama... Alhamdulillah, smooth je dapat meja makan. Kami sampai kat Restoran Sambal Hijau jam 12.45 tengahari. Memang time orang nak cari makan la. Petak parking agak kecik, so untuk pemilik kereta besar, sila parkir betul-betul dalam petak parking anda. Kalau tak, menyusah orang lain tak dapat nak parking. Jadi rugi sepetak! 








Total makanan di atas ialah RM66 termasuk Kopi ais, Teh o ais dan sirap limau. Udang tu saja RM20. Overall memang puas hati sebab sedap! Kalau dekat dengan Semenyih, nak je try semua makanan setiap minggu! Heheh! Then, kami terus ke OU. Dah penat shopping, niat di hati nak singgah minum je. Tapi, lain yang jadi! Jom try Little Craving!

Banyak kuih muih dan dessert. Bagi penggemar kuih tradisoinal Melayu dan Cina, memang tempat ni sangat disarankan. Lepak-lepak santai. Lepas beratur (if ramai orang) then scan barcode, check suhu semua tu, terus ke kaunter and order. 




Comments

Popular Posts