Sea Horizon Tanjung Sedili

Di ambang Merdeka ni korang plan ke mana? 

Okay, kalau korang nak plan untuk Hari Malaysia pulak tak lama lagi, atau cuti Maulidur Rasul atau rindu pantai, meh sini aku share ngan korang apa yang korang perlu buat untuk light vacation je eh?

Perjalanan aku dari Semenyih dengan SF dan KA kali ni smooth je, sebelum check in, kami singgah JPO dulu untuk shopping! SF nak cari kasut renang. Kasut nyer tak jumpa, benda lain yang dia beli! Huh! Then, jam 3.30 petang camtu, kami gerak ke Tanjung Sedili. Kenapa jejauh sangat ni? Sebab aku ada plan esoknya nak bawak bebudak berdua tu pergi jalan-jalan kepulauan Mersing! Apa lagi?  Let's check in at Sea Horizon Resort, Tanjung Sedili!


Urusan check in lancar, aku just bagi nama kat receptionist then bayar deposit RM100 sebilik. Harga sebilik ni untuk 2 malam, RM456 untuk bilik Standard View and RM236 untuk BBQ malam ni. Kat sini ada pantai yang tak boleh mandi sebab banyak batu batan dan jangan risau, ada kolam renang disediakan. Cuma, time Covid ni, mandi kena ikut turn. Just bagi nama korang sebelum masuk pool untuk booking session. 




Ni la bilik kami untuk menampung 2 malam kat sini. Nak iron? Just bagitau masa kat receptionist nanti. Then kita bawak turun ke bilik. Kalau korang amik glamping atau Sea View, ada parking bahagian atas. Kiranya VIP parking is yours! 







Macam biasa guys, South China Sea untuk sunrise chaser! So, petang camni, aku just tunggu masa nak membaham je. Sebab on our way tadi, crew resort called aku tanya nak BBQ session jam berapa? Then, aku cakap nak 6.30 petang. Perut dah menyanyi riang ni. Berbaloi apa yang kami bayar sebab banyak pilihan. BBQ ni, kita sendiri yang masak. Pihak resort just sediakan makanan je.








Sunset di balik pokok

Lepas kami makan, ada geng gegadis session mandi kolam jam 7.30 malam, so aku tanya crew resort, ada kekosongan lagi tak? Dia cakap, boleh selit-selit. So, kami balik tukar baju and keceebuurrrr! Geng tadi just celup air je.. Aku ngan KA all out berenang! Maklum la, untuk stamina esok! Hahahah!


Kami sempat breakfast for free untuk day 3 je sebab day 2 kami kena ke Mersing awal pagi. Sebelum sarapan, aku snap sunrise. Nak turun ke bawah, korang kena hati-hati kalau sorang. Aku berani sebab ada 1 family turun je, aku ikut belakang. Malas nak kejut KA ngan SF sebab depa sedang lena dibuai mimpi.








Overall, resort ni indah, setanding dengan harga yang kami bayar. Kalau dapat glamping maybe lebih awesome kot? Last minute dealing dengan resort, dapat la Standard View pun dah kira bersyukur sebab plan kami kali ni pun last minute jugak dengan cuti direct sempena Merdeka ni. 

Selamat Hari Merdeka ke 63, Malaysia!

Comments

Popular Posts