Hidden gem, Kepulauan Mersing

Assalamualaikum! Well, hopefully u are doing fine dan sihat belaka! 

Direct to the point, I would like to share pasal day trip kami with Pridestour. Korang yang ada instagram, FB boleh search tour ni eh? Aku malas nak ulas lebih lanjut kat sini! Hahaha! Aku pun DM'ed depa kat ig. Hahaha! Pakej day trip ni, RM195/person termasuk light breakfast (nasi dagang), nasi ayam for lunch. Pastu ada kudapan waktu petang, jajan, buah-buahan.

Permulaannya, kami kena tunggu kat Mersing Harbour Center jam 8 pagi. Dari Tanjung Sedili ke Mersing dalam sejam suku. Kami gerak 6.30 pagi! Ada buffer 15 minit je! Mau tak kelam kabut? Mujur SF tu ex jaguh race kat kawasan dia! Hahahah! Pepagi kat Jemaluang tu, kete kami je kat jalan! Memang all the way is your way la SF oii... aku kat sebelah nak sambung tido pun cuak nak pejam mata, risau pejam selamanya. 




Dalam boat kami ada lebih kurang 15 orang. So, nak ke tempat pertama, Pulau Sri Buat untuk hiking dan sightseeing pulau-pulau yang ada dari puncak bukit. Just 10-15 minit je mendaki. Ensure jangan pakai selipar! Jangan jadi macam SF! 






Dah penat mendaki? Aware untuk last peak, memang curam! So korang dinasihatkan pegang tali yang tersedia tu kuat-kuat! Tapi, bila dah sampai puncak, the view is mesmerized me! Magnificent weeiiii! Awesome masyaAllah! Sorry untuk kualiti gambar yang kurang memberi ransangan. Maklum la, letak dalam casing nak masuk laut! Heheheh! Ohh.. sebelum mendaki tadi, kami breakfast kat Pulau Sri Buat ni. memang jenuh jugak mendaki time perut sarat!





Then, kami ke Pulau Raja pulak untuk berendam. Kat sini, kami diberi masa selama 15 minit! Aku ngan KA macam biasa, berenang macam walrus while SF OOTD di tepian pantai. Gitchewwww! 


Masuk paya bakau ni sebab nak snappy je
2 kali je sempat terjun kat cliff tu! Unsatisfied!
Makan di Pulau Hujung


Kebetulan, waktu nak amik bekalan nasi memasing, ada 2 ekor babi hutan stalked us! Hahahah! Babi itu adalah benar! Dia just usha rapat dari jauh je. Boatman kitaorang yang pergi halau dengan pelepah kelapa. Nasib la depa blah! Kalau tak, memang kena sodok la dek 2 ekor tu! Gambar nasi ayam view pantai pun tak sempat nak snap sebab perut dah lapar bebeno naik turun terjun kat tebing tadi. Kami kat Pulau Hujung ni sejam setengah. Then, kami ke pot snorkeling pulak. Aku lupa nama pulau tu. Sebab aku dah lemau. Pulau Rawa sekadar lalu je. Pulau Harimau pun takleh nak daki. Sekadar lalu jugak. Tak dibenarkan mendaki dah katanya. 
Ku sangkakan lepas snorkel ni kami akan gerak balik ke Jeti, ternyata meleset! Kami singgah ke Pulau Besar untuk sightseeing selama 30 minit pulak dah! Hangat melengit oiiii! Angin pun tak sepoi kali ni. 

 








Okay, dah bosan merayap, kami balik ke boat. Bukan lama sangat pun? Nak duduk dalam boat pun hangat! Dapat jugak jejak ke Pulau Besar! Hahaha! Walhal aku memang plan nak datang sini dengan MF. 

Jam 5.45petang, kami selamat tiba di Jeti Mersing. Oh! Parking tadi, RM15 charged by brother parking. Sebab dia bagi kad parking. Bayar jela, sebab kami memang dah lambat. Kalau nak masuk pulau lebih dari 3 hari, tak sure pulak rate berapa. 

Okay then, happy holi-yey!

Comments

Popular Posts