Hot Pindang Kitchen, Bukku Cafe and chasing sunset at Jeram

Salam Maal Hijrah!

Semoga dipermudahkan tahun baru korang dan hidup sihat walafiat sampai tua! Ameeeen! 

Plan otak seminit 23 saat ni ditaja oleh diri sendiri sebelum membuat kelakuan mengkhinzir buta nak kidnap SF kat Port Klang! Padan muka! Dia keje! And aku haruslah membuang masa kat kedai makan lama-lama sambil meninjau peta topologi Port Klang ke Kuala Selangor pula! Ciss!

Dimulai dengan langkah kanan ke Hot Pindang Kitchen di tengahari lalu perut pun mula menerjah lapar! Ewaaah! No worries! Kat atas kedai ada surau disediakan. So, korang boleh naik solat sebab kebanyakan surau dan masjid masih belum dibuka musim pandemik ni.







Setel dah buat pilihan untuk isi perut masing-masing? Okay, here we goes! Lepas borak pasal buletin utama, then kami sembang hal duniawi macam biasa. Hal politik, kami tolak tepi sebab aku belum layak mengundi! Weekkk! 





Nikmat apa yang kau dustakan? Dah la kat luar tu hangat, dapat pulak Jus Syahdu ni kan? Memang on point la melantak singgang... Peeehhh! Ikan bawal pulak digoreng panas! Takkan digoreng sejuk pulak? Ayat aku pun dah caca marba! Sel otak gagal berhubung! Kami makan sat naaa... 

Untuk Set ikan bawal, set pindang senangin, mocha dan jus syahdu ni, total makan untuk 2 orang RM44.20. Better amik set. Aku pun dah lapar sangat. Lupa nak snap gambar kedai! So, korang boleh google sendiri eh? Just taip je Hot Pindang Kitchen Seksyen 10 Shah Alam.

SF nak setel keje dia jap. Sementara tu, boleh la snap gambar Masjid Shah Alam a.k.a Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena Tahun Baru Islam ni. Pastu g Tanjung Harapan a.k.a Tanjung Gila pulak. Saja layan bayu Selat Melaka. 


Dah penat buang angin sambil makan angin, kami lepak kat Bukku Cafe Bandar Bukit Raja pulak. Memula aku ingat SF memain pasal minum kat Kedai Buku ni kan? Rupanya, Bukku Cafe! Ceh! Cer cakap elok-elok? Haizzz! Kebetulan, makanan dah habis. Tinggal 2 potong kek je. Aku pun malas nak snap banyak. 




Then, lepas solat Asar kat office SF, kami terus ke Jeram. Memula aku nak chase sunset kat Bukit Melawati. Tapi jalan pun sesak gak ni. Jangan mengejar benda tak pasti! Sila jangan tamak. Sunset kat Jeram pun, helokk! 



Cadang tu, nak makan kat Aroma Ikan Bakar. Mak aiiii! Ramai pulak orang nak beratur! Terus tak jadi! Aku snap gambar jela kat kiri kanan kedai.








Comments

Popular Posts