Sunrise at Pantai Senok, White House Kota Bharu, Kedai Kopi Din Tokyo

 Assalamualaikum!

Hi guys? Getting better? Sihat semuanya? Harap you are doing fine and healthy always! Ameeen!

Day 3 kami di KB, dah plan sejak malam tadi since we had the best moment at Pantai Senok and lighting pun on point! South China Sea is suits untuk penggemar sunrise. Nature lovers cam aku ni, memang padan la nak bangun pagi menggeliat ada effort sket kan? As SF sedar diri dia akan bersiap lambat, then dia dah bangun jam 5.30 pagi. Aku bangun 6.15 pagi pun dah boleh catch up dia nak bersiap apa semua tu! Huh!

Jam 6.45pagi, kami gerak ke Pantai Senok. Checked out on the spot sebab kami malas nak patah balik. Tiket balik KL jam 1210 tengahari, which was kami estimate sampai airport jam 1030 pagi. Dari KB ke Pantai Senok ambil masa 30 minit. Tambahan, hari Ahad ni, Kelantan keje. Sekolah lagi tu... Then risau tergendala nak chase sunrise on the spot!







Banyaknya sampah kat area ni! Tong sampah ada je... Aiseeehhh! Sayangnya! Kami snap around kat bawah pepohon rhu ni all out! Takde gangguan! Kecuali time nak balik ke kereta tu, ada seko monyet lepak atas kereta. Then kami cuba halau, reti pulak dia marah. Agah nak melawan deeerrr! Okeh, u called for a war ehh? So, aku dah menapak selangkah ke depan sebelum nak capai kayu kat tanah. Kawan aku dah standby kat depan, dah dia mula nak terkam, kena terajang le kat mulut! Panik terus hilang lepas tengok dia mencicit lari! Kusss semangat! Pastu dalam kereta memasing dah berani gelak sebab kelakar moment kena agah dengan monyet samseng!

Then kami terus ke KB sebab nak try makan di Kedai Kopi White House pulak. Kami dah plan nak sampai ke kedai kopi tu jam 8.15 pagi. Dah sebab 3 orang kami jenis merancang awal, dan ada buffer time, so, takde la terkocoh-kocoh nak makan melahap. Kami santai je. Kedai Kopi White House belakang Istana Jahar dan berdepan dengan Masjid Muhammadi. Sila plan masa anda sebab kedai ni selalu full house!









Psssttt... dilarang mengambil gambar! Tapi aku senyap-senyap je snap ni. Rasa bersalah pulak! Heheheh! Maaf ya taukeh, ni tujuan baik nak share je. So far, kedai uncle, kaya tu memang sedap! Nasi lemak basmathi pun sedap! Tak sesia kami datang dari jauh nak try makan kat kedai uncle tau? Haa... ni puji memuji ni! 

Then we need to kill our time sebelum sampai ke airport jam 1030 pagi. Bagi laluan orang lain nak makan kat kedai ni pulak. Tak syok la nak lepak lelama. Then, kami tried makan kat kedai Kopi Din Tokyo pulak. Haa.. hamik kau! Padahal perut masih kenyang. Nafsu je membuak! =p





Urusan penyerahan kereta sewa dan check in berjalan lancar. Selancar aku and SF cari tudung bawal lagi kat kedai sini. Heheheh! Harga lebih kurang sama je macam kat Pasar Siti Khadijah. Cuma, tak banyak pilihan. 

Sampai kat KLIA2, aku ngan SF sambung shopping kat H&M sementara tunggu ayah dia sampai. Then aku tapau untuk MF Xing Fu Tang yang lama gila aku tak sedut boba ni! Fuhhhh!

Comments

Popular Posts