Rantau Panjang, Masjid Beijing, Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraf Tangan Kota Bharu
Masih di hari kedua kami di Kota Bharu, lepas amik gambar lebih kurang kat bandar, then kami menuju ke Rantau Panjang. Dari KB ke RP ambil masa dalam sejam. Sini takde highway, so memang ikut nasib la kalau drive belakang lori dengan muatan berat.
Kami selamat sampai di Zon bebas cukai Rantau Panjang sebelum tengahari. Waktu ni, parking pun banyak. Dah macam pekan dilanggar Garuda pun ada gak. Lengang! But still ada orang cuma tak ramai macam aku datang few years ago.
Aku singgah kat SLM Niaga Jaya tu untuk cari tudung periuk Pyrex mak yang aku pecahkan. Dia punya ungkit tu dari aku lahir sampai laaaa ni selagi tak dapat! Phewww! Oleh sebab size and apa yang mak aku nak tu takde, then aku beli terus 2 periuk baru! Of course la siap dengan penutup periuk sekali! Hahahah! Kalau usha kat Parkson, tak dapat harga ni untuk jenama Pyrex. Aku dapat RM59 utk 2 liter dan RM53 untuk 1.4L. Aku agak-agak la kot? Tak ingat dah harga periuk tu. Tapi yang tak boleh buat masak. Just untuk masuk dalam microwave oven je. 6 cawan Vantage, aku dapat RM89. Camana la aku nak usung naik plane ni? Adeeeh!

Then SF ajak tinjau kedai baju area sini. Harga okay la... cuma kualiti kain setanding dengan harga baju tu. So, kami just tengok-tengok ja. Kang beli tak pakai, membazir pulak! Agak-agak bosan, kami singgah beli kudapan sebelum gerak ke KB. Lokching brother tu sedap!
Kami gerak ke KB, then wajib melepasi kastam. Suh buka bonet untuk checked, then aku kena bayar tax RM10 untuk harga RM2++. Sepatutnya kena bayar lebih dari tu, tapi sebab member aku ni tawar menawar dengan pegawai, then pegawai tu just mintak bayar RM10 je. Jangan lupa, inform barang tu untuk kegunaan sendiri. Tapi kalau banyak sangat, tak reti la aku nak ajar camana nak bagi alasan dah. heheheh!
RM13 |
Ganti nama kepada no plate kereta |
Kami meneruskan perjalanan ke Nasi Ulam Cikgu di KB. Rupaya belakang Istana Jahar je? Cisss! Ingatkan jauh bebeno? Sempat kami singgah snappy kat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra a.k.a Masjid Beijing. Tapi Masjid ni dalam proses renovasi. Tak cantik sangat angelnya.
Dari Rantau Panjang ke KB, korang boleh singgah ke masjid ni. Tepi jalan je. Aku pun tak sempat nak masuk. Risau kalau ada protokol that we need to follow. Maklum la... musim-musim covid ni. Better dari luar je. Singgah ambil gambar je pun. Sejam kemudian, kami selamat tiba di KB. Sila bayar parking anda ye? Pakai Touch&Go pun boleh!

RM27 with 2 kopi ais, teh o panas |
Dah makan kenyang, kami cuba bakar kalori tadi dengan jalan-jalan kat Kampung Kraf Tangan KB ni pulak. Just bersebelahan dengan Nasi Ulam Cikgu.
Lepas ni buat apa pulak? Okay, nak fulfill impian SF merasa teh madu Pak Mat, kami turuti juga kemahuan beliau. Moh le kita p tapau! Kang ngigau pulak malam ni! Dah dapat, dia updated instastory macam biasa. Last-last, tak habis pun minum? Manis bebeno! Ohh... Btw, for me biasa je teh ni. MF buat laaaaaagi sedap! Okeh! Done puji! =p
Comments
Post a Comment