Kopitiam Kita, Pasar Siti Khadijah, Sightseeing KB

Day 2 di KB, kami menjalani hidup dengan tenang, aman dan damai. Perut pun dah mula berkocak sebab last makan burger kerat 6 je kongsi 3 orang. Tunggu apa lagi? Jom Kopitiam?


Lucky us, kami mudah dapat parking dan kami dah sampai kat kedai Kopitiam Kita ni jam 8.10 pagi. Plan your time tau? Kang nak cari parking 1 hal, nak cari meja, hal lain lagi.





Kami tak tunggu masa lama nak dapatkan meja kosong. Duduk dan terus pelayan melayan kami. Dalam masa sama aku buat keje part time aku blogging ni, snap la mana yang boleh. Kang over, orang lain nak makan, terganggu pulak. Heheheh!






Makanan di atas, berharga RM26. Nasi lemak tu rasanya unik. Nampak je simple, tapi sambalnya sedap. Roti titab tu, ada 2 version. 1 telur dah pecah 1 lagi telur on point. Harus lah snap dedua! Heheheh!

What's next? Kami patah balik ke bandar KB sebab aku nak fulfill nafsu nak beli periuk tembaga di Pasar Siti Khadijah. Selain tu, aku nak beli tudung bawal. Rata-rata penjual kata takde design baru sebab sempadan masih tak dibuka. So, layankan jela design apa yang ada. For me, bawal Kelantan and Terengganu ada keunikan yang tersendiri. My opinion, kaftan kat sini lebih murah dari kat Pasar Payang. 













Sudip tembaga RM130, boleh tawar menawar lagi, katanya harga buka kedai sempena awal pagi boleh dapat RM90. Periuk tembaga aku beli, 11 inchi, dapat harga RM350 sebelum tu harga dia RM450. Kalau beli banyak, dapat lagi murah. Aku tanya pakcik tu, camana nak tau dia original atau just salut tembaga je? Then dia tenyeh periuk tu kat mozek. Memang ternampak kesan mozek kat periuk tu. Wallahualam. Compared to Pasar Payang, sini lebih banyak pilihan dan buatannya lebih cantik. Tudung bawal, ikut design 2 helai RM150. Baju kelawar lengan panjang, 3helai RM100 which is corak batik dan warna pastel. Rambang mata aku kat sini! Ada setengah kedai boleh pakai credit or debit card. Nak beli t-shirt deisgn Kelantan pun banyak kat Pasar Siti Khadijah ni.

Then, kami simpan barang kat hotel, sebelum keluar lagi sightseeing sekitar bandar KB. Memula kami ke Tambatan Diraja, Menara Rehal, Masjid Muhammadi, Istana Jahar.








Kawasan ni banyak sampah. Memang langsung tak terjaga. Walhal ada banyak je tong sampah kat sekitar kawasan ni. 










Comments

Popular Posts