Pantai Senok, KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Aku dah banyak kali menguap ni! Betul-betul guna tenaga yang ada! Bagus gak, metabolism tinggi boleh bakar lelaju and aku nak makan kat Senok pulak! We just took a few minutes je nak setel jamak kat hotel and touch up tudung and make up (poyo) sebelum gerak ke Pantai Senok!
Dari Bandar KB ke Pantai Senok, ambil masa dalam 25 minit. Maka, kami kena plan timing kasi cun. Angle pun dah fikir dalam kepala hotak caner nak posed. Hahahaha!
Cantik tak???? Yang tak cantiknya, sampah sarap dibiar camtu je. Tak sure Majlis Bandaran KB ada buat pemantauan ke tak? Atau sikap pengunjung sendiri? Sayang kalau tak dijaga memolek. Ala Pulau Nami di Korea, mesti la rasa teruja.
Dah puas layan SF OOTD area pokok rhu, kami ke hujung pantai pulak. Kat situ ada lighthouse. Btw, aku naik lighthouse tu lepas 2 orang budak naik! Just hati-hati kalau nak panjat if tangan korang tak kuat, then naik la sampai atas. Untuk satu satu masa, hanya 2 orang saja kat atas lighthouse tu.
Kalau korang gayat, sila jangan teruskan. Sebab nak naik atas lighthouse ni, atas risiko sendiri. Aku pun risau gak jatuh waktu naik tangga tu. Menggigil gak waktu dah sampai kat atas. Tapi, bila dah layan view... Phewwwww! MasyaAllah! Cantiknyaaaa!
Kami tunggu sampai sunset dah tak menampakkan dirinya. Then kami ke KST Ikan Bakar dekat dengan Wakaf Che Yeh. Perut pun dah lapar. Ketiak pun dah kepam. Hahahah! Memasing bau diri sendiri jela? Untuk harga makanan di bawah, RM109 untuk kami bertiga. Air je lupa nak snap. 2 kopi ais dan 2 fresh oren.
Comments
Post a Comment