Nasi Kerabu Panji, Masjid Kampung Laut, KB Street Hotel
Kereta sewa dah setel, then kami start our first point nak ke Nasi Ulam Cikgu. Eh? Arini Jumaat, so banyak kedai tutup! Alamak! Then, ada second choice, which is pot makan untuk hari kedua, kami bawak ke hari ini. Done masalah.
Ke mana kita ni? Nasi Kerabu Panji berdekatan dengan Caltex. Camana aku tau pasal pot makan tengahari ni? Haa... let SF and HF buat keje deme! Bab makan, memang depa yang search apa semua. Aku tunggu ngaaaap ja! Bab sightseeing ka aktiviti, aku okay je nak susun.
Aku tried nasi kerabu tumis (warna biru) dengan sambal kerang. Ya Allah! Sedapnya! SF tried nasi kukus ayam bakar which was memang kena dengan tekak. Oh, kami order nasi separuh! Sebab untuk hari ni saja, ada 4 tempat makan nak terjah! Phewwww!
Untuk harga makanan di atas, RM21.50! Wow! Alhamdulillah, makanan sedap. Kenyang pun dapat! Kopi ais pun sedap.
Cute kan? So kami bertiga untuk triple bedroom ni. Badan pun dah letih. So, nak cecepat buka lens and jamak sebab kejap lagi nak keluar lagi. Nak bakar kalori dulu sebelum ngaaaap kat kedai lain.
Stay tune!
Comments
Post a Comment