Bali: Blue Ocean Seafood, Jimbaran
Selepas Uluwatu Temple, kami terus ke Jimbaran. Memang aku aimed nak snap sunset kat situ. Ada accident pulak dah melibatkan Gojek on our way tadi, so matahari dah mula menurunkan diri! Sobbsss! Harapnya penunggang motor tak serius sebab kat Indonesia ni jarang berlaku kecelakaan jalan raya, even jalan kecil tapi pengguna jalan tolerate each other.
Dalam damai, ada perut yang sedang bernyanyi girang! Kami dah order makan sebelum ambil angin di tepian pantai. Ikan bakar memang padu! Nak order lobster tak mampu, just sup ikan merah dan kerapu bakar jela. Huhuhu! Ajak Pak Dani join makan, dia jawab "Ya! Ya..." Tu saja. Memang supir tak dibenar makan dengan penumpang dia ke eh? Sebab banyak kali ajak, still tak mahu.. Hanya jawab "Ya!" je. Aku interviewed crew Blue Ocean tadi, supir selalunya diberi makan apa? Then dia jawab kadang diberi kadang hanya diberi minum. Ohhh... terus jadi segan!
Lumayan!
Comments
Post a Comment