Kedai Makan Pok Nik, Taman Ramal Indah
Lepas cheked out dari Moxy Hotel, kami makan pagi di Kedai Makan Pok Nik, berdekatan dengan Country Heights. Kebetulan waktu nak ke Open House kawan hari tu, ternampak kedai makan ni. Macam menarik! Waktu kami sampai, hujan renyai baru sahaja membasahi bumi. Jalan berlecak sket la. But still tak banyak lopak air. Kang jahanam kasut aku basah! Kejap lagi nak masuk office!
3 keping cucur udang
Konsep kedai makan ni, cari meja, kemudian beratur ambil makanan yang kita nak, then terus bayar di kaunter. Waktu kami sampai, takde la ramai orang. Kalau ramai, mesti lagi chaos dari ni? So, tak sure bila peak hour camana. Kedai makanan Pantai Timur ni kena dengan tekak nusantara aku ni. Ada kesempatan boleh repeat lagi.
Comments
Post a Comment