Bali: Uma Ceking Tegalalang, Ubud & lunch di Batur Sari Restoran, Kintamani

 

Kalau korang suka OOTD, ensure baju yang dipakai terang dan labuh. Hahaha! Sebab nanti nak membuai, tak perlu dah sewa kat atas tu. Selain tu, pakai la legging kalau korang yang Muslimah, sebab mudah nak naik zipline or cycle atas tu nanti. Harga masuk tak main apa-apa tak sama dengan harga kalau korang nak main zipline ke, buai ke. Jom, check it out!





















Puas kami main zipline tadi! Phew~ Dari mengantuk terus nak mintak nyawa sebab nak turun bawah je kena mendaki anak-anak tangga. Watch your step! Sebab jalan tanah licin! Nice view by the way! Sepanjang jalan, ada banyak je kawasan untuk bergambar di sawah padi huma ni. Cuma kat Uma Ceking ni ada buai yang famous tu. 

Seterusnya kami lunch di Batur Sari Kintamani. Aku lupa nak snap gambar depan restoran sebab dah lapar sangat. Harga adalah buffet, Rp115k/person kalau tak silap aku.


















Kopi ais yang enak!





Yang kehitaman tu, bekas larva waktu Gunung Batur ni meletus suatu ketika dahulu. Ada satu kampung yang misteri untuk aku, iaitu Kampung Terunyan yang mayat si mati tak ditanam atau dibakar, malah just letak kat perdu pokok Taru Menyan (spesis banyan tree) sahaja. Mayat yang dah tinggal tulang belulang akan dipindahkan di sebelah, untuk diberi ruang kepada mayat baru. 

Kalau korang suka explore perkara baru, nak memahami lebih adat dan budaya boleh naik bot ke Kampung Terunyan di Danau Batur. Aku? Takpelah! 

Comments

Popular Posts