Kak Nik Patin House, Kampung Pantai Dalam

 

Nak makan ikan patin? Ikan karai? Tak perlu jejauh ke Pahang nuuu... moh singgah ke Kak Nik Patin House, Jalan Masjid Kampung Pantai Dalam! Nak parking, boleh tumpang area surau je. Tapi segan la semata nak makan, tapi tak singgah solat! Kikikiki! Parking adalah terhad sebab kawasan kampung, jalan kecik je. Nasib aku pilih nak makan dulu sebelum kami naik ke GPO. Mendung berarak kelabu, perut dah makin sebu sebab belum diisi. 










Sambal belacan memang sedap bila makan dengan nasi panas dan ikan sebelah goreng tu. Yummy! Tapi dek kepedasan, kesedapan ikan tu kurang dinikmati sebab makan bersulam dengan air Nescafe ais tu... Pun sedap jugak! Total makanan kami RM29 camtu je. Ikan merah yang buat jadi mahal. Aku memang tak makan ikan patin. So, ikan sebelah memang menjadi pujaan hatiku. Hihiks! 

Okay AA! Nanti ada kedai makan nasi campur meriah camni, sila bawak lagi ye??? =p

Comments

Popular Posts