3 Khai's Island (Under klook.com)

Hari ni, kami kena siap awal sebab sebelum jam 9 pagi dah kena ke area Sinae nak naik boat ke 3 pulau. Kami dah beli last minute package under Klook.com sebab risau ombak kuat and so on. Dari Bangtao ke Sinae area ambil masa dalam 45 minit. Tambahan hari ni orang masuk kerja dan bebudak ke sekolah. Kena ada buffer 30 minit awal dari dijadualkan kami sampai. Alhamdulillah, urusan kami dipermudah.






Kami bertolak jam 9.30 pagi sebab tunggu kumpulan lain datang. Kalau stay berdekatan dengan pier, pihak PH Marine akan arrange transport ambil korang kat hotel. Kalau jauh macam kami, kena bayar 1800B. Better not! Sebab kami memang dah ada kereta sewa. Nak parking pun mudah kat sini.

Oleh sebab pakej kami hanya half day, tiada lunch disediakan. Hanya buah dan air sahaja kat salah satu pulau nanti. Ombak sedang kuat. Aku tak rasa kami boleh turun snorkel kali ni! Kasut aku pun dah barai! Lupa yang kasut ni tunggu masa nak kiok! Addeeeh!













Kasut dah lekang




Kami diberi masa selama sejam di first Khai. Aku lupa nama pulau ni sebab waktu sampai je terus cari tempat berteduh. Panas tak boleh bawak bincang. Should be kami snorkel kat pulau kedua. 5 minit je dari pulau ni, tapi ombak terlalu kuat dan besar, kami terus ke pulau ketiga. Pulau ketiga ni, agak membosankan sebab nak berteduh kena bayar. 2 kerusi 150B. Over than 30minutes, orang kat situ tutup payung! Hampeh betul! 

Sempat la kami dipujuk rayu untuk main jetski kat sini. Aku dengan SF layan jela sementara nak tunggu boat panggil naik balik ke darat untuk half day package. Main jetski untuk 2 orang, 1200B sekali dengan rider. Kalau dah terar nak bawak berdua tak perlu pakar pun okay je. Tapi sebab ombak kuat, better ada orang yang bawak kami la. Then bergilir kat tengah laut bawak jetski.







Comments

Popular Posts