Arinara Beach Resort, Bangtao Phuket

Selama 5 hari 4 malam di Phuket, kali ni, kami stay 2 malam di Arinara Beach Resort. Permulaannya, SF nak sangat stay sini sebab ada Starbucks by the sea kat hotel ni. Tau kenapa orang Thai taksub sangat dengan Starbucks? Kawan khun Thai aku cakap, kat Thailand ni banyak kedai kopi local. Bila khun Thai lepak Starbucks, kiranya hype to another level la, and minuman lebih mahal dari local coffee shop! Sebab tu depa cakap Starbucks kat Malaysia ni murah! Begitulah fenomena yang berlainan bila kita berada di rantau orang. Ewah! Untuk 2 malam, aku bayar RM1200 camtu untuk 4 orang termasuk breakfast. By the way, nak sumbat 6 orang pun boleh, else 7 orang pun berbaloi sebab bilik super besar dan ada 2 katil king dan katil rehat single. Kalau nak guna laundry plastic kat bilik, kena caj 50B/bag. Better korang bawak laundry bag siap-siap untuk letak baju kotor.






















Oleh sebab kami bertiga, room service dah siap nak masukkan extra bed untuk kami! ehhhh! Dia ingat, kami nak sorang 1 katil gamaknya? Sebab tu aku cakap, 7 orang pun muat dalam ni. Cuma jadi tak selesa bila terlebih muatan kat katil kan? Heheheh! Memasing tanak mandi lagi. So kami decided mandi kolam puas-puas dulu sebelum sunset melabuhkan tirainya! Uwaaahhhhh! Cantik berkilau! Seronok betul hari ni! 

"Walau di mana kamu berada, tetaplan kita menatap matahari yang sama.." -ceeewahhhhh!

Esok paginya, kami bersarapan di hotel. Dimaklumkan, bahawa hotel ni non halal! Ada makanan berasaskan tonyok di sini. Bijak lah korang memilih ye? Omelet kami tu pun kantoi pakai kuali yang sama even dia cakap tak letak daging babi dalam tu. Sekadar ambil gambar je ni... Minuman memang tip top! Ada kaunter teh dan kopi lokal kat situ. Boleh pilih nak yang mana.
A warm morning from Bangtao
Counter non halal

Awak main corang-corang ye?

Feeling pagi 
Takut nak makan

Amik roti canai kosong je




Comments

Popular Posts