Gold Coast, Day 1: OOL Airport, Trickett Garden Holidays Inn & Harbour Town

Chak?
Kami selamat mendarat setelah 8 jam terbang! Fuhhh! Camana eh korang yang ke Europe? Ke Makkah negara jejauh tu semua? Mesti korang bertabah, kan? Kalau korang kategori orang berada, selalu naik business class tu, kira ok banyak la. No wonder u can stay over than 5 hours. Heheheh!
Nak melalui border security tu, kita kena calm, muka letih kena jadi ceria sebab kebanyakan dari pintu masuk dah banyak CCTV merakam anda! Beware, ok?

Airport Coolangatta (OOL) kecik je. Ala-ala LCCT dulu atau Airport kat Penang je. Imegresen smooth. Cuma, ramai pegawai yang randomly akan pick group atau solo travel untuk ditemuduga kat situ jugak. Macam geng sekawan belakang kami aritu, kena tanya banyak oleh pegawai imegresen diaorang! Apa tujuan, berapa hari, nak jumpa sapa etc la. Bukan sekali, tapi banyak kali depa didatangi oleh pegawai imegresen. Fuhh! Jawapan kena sama. Jangan tersalah info pegawai 1 lain, pegawai 2 lain, nasib tak baik, masuk dalam bilik temuduga, drag lagi korang kena soal siasat!

Aku tanda YES kat Passenger Card utk makanan, then kami diminta ke Exit 3. Bio-security akan minta kita buka semua beg untuk diperiksa. Maggi, makanan dalam tin, baby milk powder, lepas! Takde apa yang kena buang. Alhamdulillah. 

Then, kami cari OPTUS (YES) untuk simcard. Malas nak sewa pocket wifi sebab lebih mahal dari harga beli simcard. Untuk 5 hari, $10 per simcard. 



Aku dah booking Mozio as our ground transportation ke Trickett Gardens Holiday Inn. Agak mahal, tapi sebab nak selesa dan terus ke apartment, so pejam mata jela bayar RM216 tu. Driver dah sampai lama since kami touchdown. Aku dah letak kat situ pick up at 11.15am. Tapi driver dah call since 9.50 pagi? Haiyooo... Flight delay ke apa driver boleh tracking by himself. Free wait time 60 minutes. Tapi kalau over kena bayar $0.50/minute. Sebab tu aku letak buffer 2 jam selepas jadual touchdown OOL jam 9.25am.

Dalam 40 minit, kami selamat sampai ke Trickett Gardens Holiday Inn. Smoothly check in which was kena bayar bond $500 tinggal kat sini. Sampah kena buang sendiri. Kalau korang failed to do so, nanti depa tolak dari bond korang tu. Ala-ala AirBnb gak la...
Kalau korang check in lewat





Puas hati membasuh dan mengering kat sini
Toilet takde pili


Done urusan diri sendiri, mandi, solat dan makan (siap masak tau?) Dah jimat duit makan kat luar hari ni. Then, aku dah install Uber aps. Tak sampai 2 minit, driver dah terpacak kat depan apartment. Untuk ke Harbour Town dari Trickett, they charged us $27.26 termasuk base fare= $2, Time= $9.23, Distance= $13.57, Wait time= $1.91, Booking fee= $0.55 belum masuk tips. First time naik Mercedes Benz C class dengan pakcik Branislav half Serb and German ni. Merasa la naik Benz. Pakcik ni pun, memang peramah.

Mata yang mengantuk tiba-tiba celik dan segaaaarrrr! Kenapa?
Dah sampai Harbour Town!
MF yang menggila shopping kat sini. Aku tengok je memula. Then, mata dah adapt dengan cuaca, terus masuk kedai yang rare (i mean, kedai yang aku tak mampu masuk kat Malaysia) untuk sales! Yearghhhh! Mari masuk Tommy Hilfiger! Semua t-shirt, sweatshirt and polo ada 40%! Even kat Mitsui pun aku berkira-kira nak beli sebab stay mahal. Kat sini, dengan harga $160 then lepas tu 40% dah jadi murah sket jadi RM278 camtu untuk sweatshirt. Lawa pulak tu! Fuhhh! Levis pulak 60-80%! memang rambang mata. Untuk CK pun sama jugak! T-shirt 40-50%! Canterbury shirt, range $20-75! Beg 'balik kampung' Canterbury dapat $20 je. Kat HT pun ada Asian Market. Cuma mahal la harga kat situ.








Perlu diingatkan, sebelum korang ke HT, ensure dah check sama ada masih dibuka atau dah tutup. Kadang-kadang depa tutup awal. Ikut hari. Aku pergi aritu, depa close on 6 pm. So ada la banyak masa sket nak jalan-jalan masuk keluar kedai. 

Then, kami singgah makat kat Origin Kebabs. Sedap! 1 portion nasi tu dah boleh makan 2 orang! Tapi, kami tamak. MF order nasi dengan kambing, aku pulak ayam. Memang tak habis la! Total untuk makanan $34.60.





Then, kami balik pun naik Uber jugak. Kali ni driver Korean. Dah 25 tahun jadi resident kat Australia. Tambang balik, $21.76. Korang boleh naik tram nak ke Harbour Town. Turun kat mana? Alamak! Aku tak sure. Tram ni dari Broadbeach South ke Helensvale. Then kena tukar naik bas ke HT.

What is next?

Comments

Popular Posts