Gold Coast, Day 2: Surfers Paradise Beachfront Market

Walau penat, kami terpaksa gagahi juga ke Beachfront Market! Aku terbaca satu blogger ni bagitau pasal Nougat Limar wajib dicuba! Gluten free! Halal! 
Surfers Paradise Beachfront Market hanya dibuka pada selepas jam 5 petang, Rabu, Jumaat dan Ahad sahaja. Pukul 9 malam camtu, depa dah nak tutup kedai. Please plan your trip, ok?


Friday the 13th

Jalan beberapa meter, dah jumpa kedai yang jual Nougat Limar ni. Penjual tak kedekut bagi sample untuk kita rasa. Dalam pada tu, aku snap la lebih kurang.




Harga bermula dari $8-13 untuk setiap jenis nougat. Nak tau camana rasa? Aku pun tak reti nak habaq. Kalau korang pernah makan Cloud 9, ha... yang putih tu jadi keras pastu ada kacang. Camtu la rasa dia! Tapi lebih best la sebab ada perasa dengan kacang tu.


MF terpengaruh! Beli 2 percuma 3 dengan harga $80

Then, kami try naik beca pulak. Kata travel kan? Haruslah life like a local! Hahahah! Takkan kami nak p minum kat bar pulak? So, untuk sebuah beca, 15 minit dia kayuh bawa pusing-pusing, dengan harga $35. Kereta kat belakang beca apparently sangat sporting dan bersabar tunggu beca kami melepasi jalan sehala ke jalan 2 lane.
Setel naik beca, aku masuk kedai Ripcurl pulak kat Cavill Avenue tu. Purchase over than $50, boleh beli tumbler Ripcurl with free tote bag dengan tambahan $10. So, aku beli jela nak buat kenangan. Kat area Ripcurl, ada Ripley's Believe it or not? Aku tak sure masuk berapa $? Risau aku terpengaruh nak masuk je. Hehehehe! Padahal masak kecik dlu dah layan cerita tu kat TV.


Tram kat sini kat tengah area Cavill Avenue. Saja lalu kat sini untuk check jadual esok sebab kami nak touch Go Explore tu. Dah penat jalan-jalan, then kami decided nak balik apartment. Simpan tenaga untuk esok. Suhu malam ni, 13 degrees. 

Ready to sleep!
The more to come!

Comments

Popular Posts