Gold Coast, Day 4: Bye Surfers Paradise!


Last day in Gold Coast! Kami hanya tinggalkan memori kami di sini. Awal subuh, aku dah bangun untuk snap sunrise. Kat sini takde sunset. Celah-celah bangunan je yang aku nampak. Port dia jatuh terbentang, aku tak pasti. Korang boleh google nanti. 

Jam 5.45 pagi waktu Aus dan 3.45 pagi waktu Malaysia. Memang letih la nak kejar bangun pepagi. Please plan your activities when u are in Australia. Jam 5 petang dah nak Maghrib.

Ramai orang kat area Surfers Paradise ni berjogging! benda baik dari sisi western yang aku suka, depa jaga makan dan jaga diri sendiri. Aku pun tumpang sekaki jalan sorang kat sini. Langsung tak berasa kekok. Nyaman di awal pagi, sambil layan matahari yang baru nak menyinari bumi Gold Coast ni.



Dah puas berjalan, aku ke pantai pulak. Deru ombak mendamaikan. Nak lepak lama-lama, aku kena bersiap-siap turun dengan all baggage yang beranak seko lagi. Hahahaha! Ni semua MF punya hal! Tak hengat dunia shopping kat Harbour Town! 

Aku dah arrange dengan Con-X-ion untuk pick up kami jam 7 pagi dengan harga $58 untuk 4 orang. Tapi aku dapat email, depa suh standby depan tempat kami menginap dari 6.50pagi-7.10pagi. Yesss! Depa on time! Oleh sebab ni shared transfer to airport, maka ketepatan masa amat dititik beratkan. Sila jangan lewat ok? Ensure semua dah ready nak naik van.

Trickett early morning


Jalan smooth, sempat la aku terlena dalam van tu. Tak sampai 50 minit, kami dah selamat sampai di Coolangatta Airport. Orang dah mula ramai. Perlu diingatkan, randomly, officer akan buat swab test kat beg kita. Kalau kita tak bersalah, buat apa nak takut? 


International departures ada di sebelah kanan. Perjuangan kalian nak balik, belum selesai. Ada immigration and custom checked kat gate international. Semua barangan yang kita bawa, wajib scan. 
Oh, bagi yang shopping over than $300 per receipt, layak claim back the tax ya? Isi borang. Borang semua ada kat tepi international gates. Nanti depa direct bank in kat card yang korang swipe tu.
Tourist Refund Scheme


Penerbangan dari GC ke KL mengambil masa selama 8 jam. Maka, aku lapar! Dari subuh tadi tak makan apa-apa. Kiranya IF la ni... Kikikiki! Aku dah booking makanan awal-awal. Malas nak terkocoh-kocoh nak tengok order and risau makanan yang aku nak dah habis. Maklum la, seat no 49! 


Ayam gochujang
Excited nak ngap awak!
Hanya ada untuk AA-X flight 
Sedapnya awak! Yummeh! Patty tu resipi dari Chiang Mai

~Thank you for reading~
Selamat bercuti! 

Comments

Popular Posts