Gold Coast, Day 3: Pacific Fair

Kami belum cukup penat nak mengembara! Ewaahhh! Padahal sebab nak fully utilize Go Explore je. Daripada nak balik terus ke apartment, then aku usha route tram ni. Ehh... macam menarik! Di penghujung tram station, ada ikon 'shop' kat situ. 

Broadbeach South

Apa ada di sekitar Broadbeach South? Haa... kat situ ada Pacific Fair!
Shopping Mall yang unik pada mata aku. Padahal aku tak merayap semua level pun. Sebab luggage dah tak mampu nak tampung berat lagi dah. Actually MF suruh add on 20kg lagi untuk luggage under AA. 



Apa yang kami buat kat sini? Shopping? Of course not! Hahahah! Kami g beratur beli air boba! Then kami tatau apa nak buat lagi. MF jela masuk kedai yang dia suka. Katanya Harbour Town gak dia suka! Haizzz!
Kat Malaysia belum try yang ni

Tak lama kemudian, kami beransur nak balik. Kang nahas lagi bajet nak shopping. Sudah-sudah la tu yeop! Moh le balik! Kita layan beach pulak petang-petang ni. Asyik keluar awal pagi sampai malam je. Mana la nak layan pantai? Air pun sejuk musim sekarang. Tapi, tak perlu pakai baju tebal. Suhu ala-ala Genting Highlands je.




Do not feeding the birds! Risau korang akan kena saman. Mahal gak tu! Kami jalan-jalan keluar masuk area Cavill Avenue je pastu. Malas nak snap gambar dah. 

Bagi aku, GC sangat sesuai nak bawa bebudak and orang tua. Sebab aktiviti kat sini tak extreme macam aku dah pergi ke Sydney bulan March lalu. Taman tema pun banyak. Pilih je nak tengok apa? Aku skip Currumbin sebab aku dah bosan tengok kanggaroo. Hahahah! Penting diri! Tapi kat Dreamworld dah snap dengan koala dan kanggaroo. Ok la kan?

Makanan halal pun banyak didapati sekitar GC. Jangan risau kalau tak bawa makanan dari Malaysia. Aku pulak rajin search blog dari Indonesia. Sebab tu la tau jugak pasal bas nak ke Brisbane. Senang cerita, jangan sesekali bawa duit ngam-ngam dengan korang. We can't expected the unexpected things kan?

Apapun, selamat bercuti ya?

~Thank you for reading~

Comments

Popular Posts