Persediaan ke Gold Coast, Australia

Assalamualaikum
Salam sejahtera!

Direct to the point, trip ke GC ni tak dirancang pun. Oleh sbb AA ada buat promo, terus la aku jalan-jalan kat website AA. Jari dah menekan Fukuoka. Rindu Jepun. Lebih kepada nak makan ramen sebenarnya. Hehehehe! 

Compare flight ke Fukuoka dan GC, Fukuoka lebih murah, tapi jadi mahal untuk pengangkutan dan penginapan, so aku berbolak-balik. Kali ni, bawa la MF meneroka negara omputeh. Nak pegi Europe, jauh sangat. Huhuhu. Masih belum mampu. Lagipun matawang AUD jauh lebih rendah dari Yen. 

Jadi kita buat persediaan sebelum ke GC!

1. Flight ticket

Kami beli time promo. Tak mahal tak pula murah. Return sorang RM943. Beli bulan May 2019.

2. Kenalpasti cuaca

Suhu di GC bln 9 nyaman. Siang dah cecah 20-24°. Malam jatuh ke 13-16°. Tak perlu baju sejuk tebal-tebal. Cukup cardigan atau jaket je. Nak main ombak? Brrrr.... sejuk! The best time to visit GC is in April-May! Sebab banyak aktiviti laut yang korang boleh buat!

3. Hari apa yang menarik di sekitar Surfers Paradise?

Of course Rabu, Jumaat hingga Ahad! Kenapa? Sebab ada beachmarket pada hari yg aku sebut kat atas tu. Nougat Limar is a must in your list utk souvenir nak bawa balik utk sedara mara rakan taulan utk depa merasa makan tau? Oh.. credit card can be used! No worries. Then, of course la Cavill Avenue tidak akan mengecewakan selera shopping anda! Selalu ada sales! Benci tau? Tapi suka! ☺️ Makanan halal sangat berleluasa sekitar Surfers Paradise ni.

4. Check exchange rate

Aku dapat $1= RM2.85. Murah banyak compared to aku tukar awal tahun aritu utk ke Sydney. Boleh install aps exchange rate kat hp korang sesiap. Kang nk bayar pakai kad (debit/kredit) boleh check mana lebih untung? AUD or MYR. Mcm aku, selalu pilih AUD. Murah dr MYR.

5. Go Card, Go Explore, Uber atau sewa kereta?

Oleh sebab total kami kat sana hanya 3 hari (pegi balik 2 hari) maka, kami ambil pendekatan simple je. Naik Uber! Korang boleh install bila pakai simcard Aus. Grab xde kat Aus. Then kami ke Brisbane naik bas (Greyhound) and beli Go Explore kat 7E. Kat station Tram pun ada. Tempoh masa Go Explore ni, 24 jam bermula dari bila korang touch card tu. Sama ada naik tram atau bas. Beza dengan Go Card, korang kena top up minimun $10 dan bayar utk harga kad $10. Kalau x cukup boleh top up. Kalau nak balik, kad tamau simpan, korang boleh ke station tram utk refund.

6. Makanan

Border security kat Aus sangat strict! Sila jangan sambil lewa isi Incoming Passenger Card. Kalau tak yakin, tanda Yes. Tak kisah la kalau rasa apa yang korang bawa tu menepati syarat kemasukan ke Aus. If not, minimun $340 akan dikenakan sebagai denda. Baik shopping oiiii! Rokok kena declare! Depa nak atmosfera Aus bersih dari asap kot? Sebab harga rokok sana ibarat aku boleh beli tiket blk Penang dr KL! Mudah cari makanan halal. So, no worries!

Makanan dari pesawat juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke Australia

7. Pakaian

Mesti tau suhu dan cuaca waktu korang ke sana. Bulan 9, cukuplah cardigan atau jaket je. Dah nak masuk summer. Cuma, air laut je masih sejuk. Angin pun kuat. Nyaman! Sweatpants, sweatshirt sangat digalakkan. 

8. Agenda (Itinerary)

Korang ke GC nak ke mana je? Berapa hari? Nak ke Brisbane? Kalau naik kereta atau bas, dalam sejam je. Naik tram dan train, 2 jam. Korang boleh gerak awal pagi, then balik petang. Jam 5, dah mula gelap. Korang kena kenalpasti tempat yang nak dilawati. Silap haribulan, border security officer randomly akan pegi kat korang dan tanya apa yang korang nak buat di GC. Lambakan pekerja asing tanpa permit sangat berleluasa kat Australia. Statistik dah confirm, orang Malaysia paling ramai yang keje kat sana. So, beware ok?

9. Taman Tema (Theme park)

Kat GC, banyak taman tema. Thanks to our Uber's driver, Craig yang shared tentang taman-taman tema di GC. The first taman tema kat GC ialah Dreamworld, 1991. Then Movie World, diikuti dengan water park and etc. Aku beli tiket dr klook.com. Better rancang theme park mana yang korang suka. Movie World lebih happening untuk orang dewasa dan Dreamworld untuk kanak-kanak sebaya aku. =p



10. Airport transfer? Bas atau private transfer atau shared transfer?

Tepuk kocek anda. Macam aku, waktu sampai amik under Agoda.com, Mozio. They charged us RM216 sehala dari OOL airport ke Surfers Paradise. Balik, aku amik shared airport transfer by Con-X-ion, $58 untuk 4 orang. Kalau nak lebih murah, boleh naik bas atau train. tapi korang kena rajin study la.

11. Hotel atau Apartment?

Kami pilih apartment sebab boleh main masak-masak. Alhamdulillah, duit yang sepatutnya makan kat luar tu, kami cover dengan shopping! Heheheheh! Jadi, pilih la apartment ye? Macam kami, amik Trickett Garden Holiday. Walking distance je nak ke kedai makanan halal, Cavill Avenue dan Surfers Paradise. Worth gila! Owner dah sedia periuk belanga, dapur semua la! Sila bawa bersama Sabun Tahara untuk sertu pinggan periuk belanga semua nanti ya? Kami bawa rice cooker dengan beras je.

12. Bajet

Alamak! Failed la bab membajet ni... Sebab selalu tak tally dengan bajet kat itinerary. Heheheh! Mostly sebab shopping atau add on luggage atau tetiba kena tambah naik taxi atau bajet lain jela. Sila bawa duit lebih atau, lebih memudahkan, roaming semua credit card dan debit card korang sesiap. Kat sana, penggunaan kad sangat meluas. Kita yang masukkan kad ke dalam card machine waktu pembayaran dibuat. So, jangan tunggu orang tu minta kad pula eh?

~Selamat bercuti!~

Comments

Popular Posts