Gold Coast, Day 2: Dreamworld

Aku mulakan pagi Jumaat ini dengan bersiar-siar di tepian pantai... Jangan tak tahu, moment ini jam 6.30 pagi waktu Gold Coast! Dah macam jam 8 pagi dah. Sunrise jam 5.45 pagi tau? Lepas aku jenjalan tepi pantai, terus ke 7E nak beli Go Card. 






Bukan Go Card yang aku beli, tapi Go Explore! Kad ni disyorkan oleh cashier kat 7E tu sendiri. Kalau beli Go Card, kena beli kad semata $10 belum masuk top up. Oleh sebab kami kat sini 3 hari je, then tak berbaloi! Oh... jangan khuatir, boleh refund kat mana-mana station tram lepas guna Go Card tu. Aku malas nak renyah, then terus pilih Go Explore je. Boleh digunakan 24 jam dr waktu korang touch. Let say pagi ni jam 9 pagi touch, kad ni boleh digunakan sampai 9 pagi esok. Fully utilize  la naik turun tram dan bas sekitar GC ni ya? Harga $10 utk 24 jam. Berbaloi untuk korang yang banyak tempat nak pergi kat GC dalam masa sehari. 
Adult $10, Child $5

Ke mana kita hari ni? Ok, kita ke Dreamworld! Tapi, kami tak naik tram atau bas! Tapi naik Uber. Dari apartment kami ke Dreamworld with Uber was $46.79. Kali ni driver kami student dari Taiwan. Dia buat part time Uber nak cari duit belajar. Banyak benda kat GC dia shared. Katanya, Melbourne dan Sydney ramai racist compared to Gold Coast. Aku tak pasti kesahihah cerita dia. Maybe dia lebih tau sebab dia tinggal kat OZ. Kami dengar jela. Dia share tentang Sunnybank Hills. Kebanyakan asian menginap kat situ. 

Dreamworld dibuka dari jam 10 pagi. Memang sengaja pilih bukan holiday. Kang queue panjang! Tamau la! Hehehehe! Aku dah beli tiket dari Klook.com. Nanti cari je kaunter International Reservation. Kalau tak tau arah, staff kat sana sangat membantu.


Tukar barcode kepada tiket masuk kat kaunter ni













Dah penat naik turun main, perut dah lapar. So, apa lagi? Moh le kita g makan! Oh ya! Kami beli tiket termasuk makan di Billabong Restaurant. So, just tunjuk tiket lunch je.








Jam 2 petang, kami sambung main! Huhuhu! Lebih budak dari budak ni! Kikikiki! Overall makanan kat restoran ni biasa je. Tiada pork disajikan. Cuma, kami pilih sayur dan ikan je. Bagi yang particular, better tak payah la makan. Kat pintu masuk, takde pulak staff checked barang apa dalam beg. Otherwise depa ada scan kat laluan tu. 














WhiteWater World
Sejuk oiii!
Sebelah kedai Lego

Lot parking

Cukuplah sehari kami di Dreamworld. Then, balik naik Uber. Ride kali ni special sket sebab driver ni pelakon! Craig John namanya. Bosan duduk rumah, dia buat Uber. MF dengan dia layan borak sampai la depan pintu apartment. Siap bagi sample produk lagi. Katanya, malam ni Friday 13th. Superstitious katanya. Bulan mengambang elok. Kebetulan malam minggu memang happening. Caj balik ni, $51.79 termasuk $5 tip. Time saja kena caj $14.04 dan distance= $30.20.

So, balik mandi solat makan kejap. Jimat $80 lagi! Sebab dalam iti aku, memang peruntukkan setiap kali makan kat luar dalam range $60-80. 

Rehat jap. Nanti sambung ya?

Thank you for reading!

Comments

Popular Posts