JJCM Penang: Bangkok Lane's Mee Goreng, Laksa Janggus

Assalamualaikum
Selamat sejahtera!

Sempena balik kampung, tak mungkin tak merayap sampai ke Penang kan? Pantang lepa orang utara kata. Oleh sebab FR kena ke Mukah buat keja kat sana 6 bulan, so aku ajak la dia sekali g merayau Penang. Semata-mata nak makan je pun. 

Elok dah keluar simpang rumah, Paklang aku called bagitau ada kat rumah parent aku! huh! Lambat! So, tak dapat la aku angkut SF si kezen aku JJCM sekali.
Takpe, kau layan gambar je la ehh? =p

Memula kami ke Bangkok Lane's Mee Goreng. Ada dalam 49 list tempat makan awesome di Pulau Pinang. Jom try test uji?

Lorong Bangkok

Nampak tak? Bangunan lama

Dah setel parking kat belakang kedai ni, ayuh order apa yang best? Aku dah makan tengahari tadi. Sekadar nak merasa. MF dan FR order mee goreng. Aku pulak terrrrsalah order Char Koew Teow basah. Bilanya orang buat Char Koew Teow kering kan? Patut itu yang patut dicuba! Aiseeeh!


Aku rasa kalau orang kesihatan ambush mesti kedai ni kantoi



Kalau korang particular bab kebersihan kedai, kena check betul-betul la ya? Kami tak pulak sakit perut lepas makan kat sini. Maybe sebab selalu layan Baek Jong's The Alley Restaurant, Korea tu, terasa sket la elemen kebersihan tak terjaga dengan baik kat sini.
Bukan kopi, tapi teh O! Niaya rasa pedaq!
Teh Ais
Char Koew Teow basah, RM5
Ni la Mee goreng depa, RM5

Kami tak siyor nak berlama-lama kat sini. Lepas makan, blah! Nak p belah Balik Pulau pulak! Makan apa? Laksa Janggus! Asal balik kampung ja mesti selalu lapaq!
Depa pakat beratoq untuk pisang goreng best
Laksa biasa, RM3.50
Crispy dan sedap manih elok haihhh!
Rojak buah

Sempat la aku bungkus laksa biasa. Maklum la, paklang sekeluarga nak tumpang bermalam kat rumah mak ayah! SF pun teringin nak laksa. Tapau jela. Aku tak sempat nak snap sign harga laksa tu. Ada banyak kategori. Bagi aku, rasa dia tak sama macam dulu yang lebih kick. Maybe sebab tukang masak berubah atau sebab lain. Tapi, pisang goreng tu memang padu setiap kali kami mai! Berbaloi nak beratoq! 

Sampai sini saja nak share ngan ampa semua. Nanti kami p singgah port makan lagi, kami share ngan ampa naaa..

Selamat bekerja!

Comments

Popular Posts