Gold Coast, Day 3: Brisbane by Greyhound, train

Hai?
Assalamualaikum!

Apa yang menarik di Brisbane selain shopping (again)? 
Korang boleh naik Cityhopper for free!
Then, kalau ada bajet lebih sket boleh climb Brisbane's Story Bridge (boleh refer harga kat klook.com) atau mandi manda kat street beach.

Apa aku buat kat Brisbane? Jangan tiru adegan ini! Aku dah book tiket bas Greyhound via online. Then tak best la kalau tak pergi kan? Harga untuk 2A 1C adalah $74 for 1 way! Yes... korang tak salah baca. Hahahaha! Bezanya, kalau korang nak naik tram, kena naik dari tram terdekat, let say kami dari Cavill Avenue, then terus ke Helensvale which is the last station. Pastu kena tukar naik train. Better korang naik Express train ke Brisbane. Harga? Nanti aku tunjuk kat akhir blog.


Jalan kaki dari Trickett street ke Transit Centre is about 400m

Bas kami jam 9.15 pagi, mesti ada di station 20 minit sebelum masa berlepas. Kami tunjuk tiket yang kami print dari website, tak perlu tukar dengan tiket baru, memang pakai tiket tu je. Sebab depa dah ada booking details kita. 


Boleh zoom tak?
Sila zoom
Luxury jeep for rent

Tepat jam 9 pagi, bas kami pun tiba. Oh ya, kawasan ni ada toilet, cafeteria and etc. Korang boleh jamah sket makanan atau membuang hajat dulu sebelum naik bas. Masa perjalanan dari GC ke Brisbane selama sejam.



USB Charging port in the bus
Sempat jalan-jalan sementara tunggu jam 9 pagi

Driver kami pakcik tua, tapi masih gigih bekerja. Cara dia sampaikan pesan untuk fasten the seat belt pun sangat berhemah. Dia bagi penerangan sebelum memulakan perjalanan. Dah macam naik aircraft pulak. Jam 10.35 pagi, kami selamat tiba di Transit Centre, Brisbane.

Kami terus ke Queen St Mall


Suhu 24 degrees. Hangat oiiii!


Kami jalan-jalan area Queen St Mall ni. Menarik jugak! Tapi Harbour Town lagi best! Hahahaha! Aku check jadual CityHopper, rasa malas nak menyelusuri sungai Brisbane. Sebab aku dah naik cruise kat Parramatta river dah dulu. MF ok je untuk skip. Driver Uber dari Taiwan semalam syorkan kami naik bukit kat Brisbane ni untuk melihat panorama Brisbane. Tapi, aku dah malas. Takde mood nak jalan area Brisbane ni. 

Then, kami g makan kat mall area sini. Aku tak ingat nama mall tu. Tapi berdekatan dengan Cotton On, dan kedai jual juice.
Abra Wraps (Halal kebab)
Choose your own source
Chicken wrap tu sedap! Lupa nak amik gambar

Sedap


Lepas makan, kami decided balik ke GC. So, kami dah boleh touch our GO Explore card! Rupanya valid in GC only. Alamak! Nak balik ke GC aku tak book tiket bas. So, kami try naik train to Helensvale. Dari situ baru boleh touch the card.
Masukkan nama station yang korang nak turun
$38.70
Platform 4 to Gold Coast


Train dah sampai


Naik train dr Brisbane ke Helensvale ambil masa selama 1 jam. Oleh sebab kami naik express train and ada certain station yang skip, jadi la sejam. Kalau tak, maybe melebihi had masa tu. Dalam train pun tak ramai. Australian pun sangat membantu. Nampak je aku study route dalam train, a women approached me bagitau this train is going to Helensvale sebelum dia turun kat Ormeau station. Risau aku hilang arah agaknya. So thank you!


Jadi, jangan berputus harap untuk berbuat baik. Tak hari ni, mungkin esok lusa Allah taala datangkan seseorang membantu kita. InsyaAllah!

Tak lama lepas tu, kami selamat sampai di Helensvale station. Tak sempat nak snap gambar station. Sebab tram dah sedia menanti. 

Oh ya! Kat sini mementingkan kejujuran anda untuk touch the Go Card or Go Explore tu ya? Sebab takde sapa jaga. Tapi, kalau inspector dia randomly check you touch ke tak, then tak touch, U will be fined!

Comments

Popular Posts