Hi guys? Recently, ramai orang ke Sapa, Vietnam nak melawat Fansipan di mana gunung tertinggi di IndoChina. Nasib kurang baik untuk kami sebab Fansipan off dari 8 Januari ke 8 Februari atas sebab penyelenggaraan! Cis nan kaya sungguh! Namun begitu, usaha kami ke Sapa tidak dipatahkan dengan Fansipan semata-mata. Tiket ketapi pun dah beli kan? Aku beli di klook.com, ambil under Sapaly Express. Kalau naik sleeper bus dalam RM60-80/person camtu. Untuk sleeper train, range dalam RM130-180/person ikut coach mana yang korang pilih. Harga yang aku mentioned tu untuk sehala. Sapaly dah bagi voucher, nanti kat Ga Ha Noi, tukar je voucher tu kat kedai jajan yang dia bagi tu.
Dari Tuan Sentral Hotel ke Ga Ha Noi tak ambil masa yang lama. Disebabkan traffic agak teruk di Hanoi, maka, kami gerak awal. Nak tukar voucher ke tiket train lagi ni.
Tukar tiket kat kedai jualan belah kiri tu
Tak boleh lebih sehari! Adeh!
Ruangan menunggu VIP
Boleh lepak di ruangan VIP dengan syarat kena beli air or makanan kat sini
Boarding time!
Coach yang aku nak book tapi dah sold out
Risau jugak kalau stranger tu lelaki, nasib baik gadis dari China
Keadaan toilet dan basin terhad. Memang tak boleh nak mandi ke hape dalam tu sebab kecik je. Luas sket la dari toilet dalam flight tu. During keretapi bergerak, of course la terhuyung hayang sket nak membuang! So, alert ye!
Jam 6 pagi, kami selamat sampai di Go Lao Chai. Lagi 45 minit nak ke Sapa. Keep your worries away! Ramai je orang akan offered naik private car or taxi or public taxi. Pilih je! Kami pilih public taxi dengan harga 50k dong/person. Kalau naik bas, maybe kena tunggu sket kot sebab masih awal lagi ni! Mujur NN dah message hotel di Sapa untuk early check in. So kami kena bayar extra 500k Dong. Berbaloi la untuk kami yang dah letih dengan luggage ni pulak mana nak campak. Alasan je tu! Padahal nak sambung tidur! Heheheh!
Kami di Sapa hanya 2 hari 1 malam sahaja. Tapi terasa macam 2 hari 2 malam! Sebab kami ambil late check out sampai jam 7 malam esoknya. Nanti aku tunjuk part hotel pulak. Extra charges 500k Dong lagi. Pastu kami siap mintak receptionist arranged our private car ke Ga Lao Chai jam 7 malam. Public transport hanya ada selewatnya sampai jam 4 petang camtu je. Add on private taxi ke Ga Lao Chai 700k Dong.
Tukar voucher Sapaly di Hai Nhi Restaurant tu kepada tiket train
Salah satu sleeper bus
Tiket jam 9 malam
Stranger kali ni, sumandak Sabah yang solo travel
Time to sleep! Sejuk bebeno ni! Sapa 7 degrees celcius!
Comments
Post a Comment