Sepatutnya kami ke Incense Quang Phu Chau Village lepas siap-siap dari hotel kami di Hanoi. Memandangkan masa kami suntuk, check in pun dah lewat, terpaksa la mematikan plan tu untuk ke sana. Kalau dari hotel arrangement, termasuk tour, makan, $45/person. Under klook.com dalam RM185/person je, tapi kena gerak awal. NN tak nak sebab belum mandi. Adeh! Dia dah standby baju untuk OOTD, so tak best la setakat pergi sana bayar mahal tapi gambar tak cantik! Huh! Menangis di bucu receptionist jap!
Jadi, kami ada banyak masa terluang dan plan nak snap cafe area Hanoi Train street je. Bukan mudah ye kawan-kawanku sekalian nak masuk ke area train cafe tu. Silap haribulan boleh kena scam! Jadual train pun korang kena ambil tahu jam berapa akan lalu during weekdays dan weekend. Kami pilih untuk datang during train lalu jam 6.15 petang!
First time kami sampai di Hanoi Train street cafe ni waktu day 1 kami jejakkan kaki di Hanoi. Waktu ni, kami belum tahu exactly bila train akan lalu. So, frustrated gak la habiskan duit minum kat cafe area ni. Dah la jemput kami masuk kedai macam nak gaduh! Tak dibenarkan jalan-jalan tanpa minum kat area cafe ni. Kami sampai cafe jam 2 petang camtu, train lalu 3.30 petang. Malas nak tunggu.
Brother baju kelabu tu halang kami masuk kalau tak pergi minum di cafe dia! Kami ikut omputeh sebelah kami lalu di laluan belah kanan landasan pulak! Eh, suka suki je nak paksa orang! Nasib ada omputeh yang dihalang ni jugak, so kami cepat-cepat blah dari landasan area ni.
Kami ikut sista berseluar cream tu ke cafe dia sebab cara dia tak memaksa, cuma bagi kami laluan untuk pilih mana-mana cafe yang kami nak bila dah masuk area ni.
Minah ni pandai amikkan gambar kitaorang bertiga! Thanks pretty!
Vietnam coffee
Train dah nak lalu, semua kerusi dan crew mula tarik meja dan stool untuk kami berdiri di belakang laluan landasan. Jangan yang berani buat kamikaze berlari depan train dah la ye? Memang kena gilis jela! Aku ambil video during train lalu tu.. nak letak sini risau berat pulak feed ni. Huhuhu!
Comments
Post a Comment