Sapa, Vietnam: Day 1

Hari ini adalah hari kedua kami di bumi Vietnam. Macam yang aku explained sebelum ni, kami naik sleeper train dari Ga Ha Noi ke Ga Lao Chai, Sapa. Bayaran 50k Dong/person dikenakan untuk public van dari Station Lao Chai ke Sapa. Lucky us, kami dihantar terus ke hotel. Kalau jauh dari pekan, maybe ada charges lain kot? Im not sure. Nak communicate pun payah sebab minimal English. 

Kami sampai di Cat Cat Galerie D'Art Hotel, 45 minit kemudian. Rasa badan lenguh dan masih 'jetlag'. 500k Dong dikenakan sebab kami nak early check in. Badan dah penat, suhu di luar 7 darjah celcius! Sambung makan chicken wrap yang kami bungkus kat Masha Allah Restaurant, Hanoi semalam, mandi dan bersiap keluar jalan-jalan. 



Ruang lobi yang santai

Hotel yang menyediakan makanan halal suatu ketika dulu (sekarang maybe dah tutup operasi)









Level 7 untuk sarapan






Ini adalah menu hari kedua kami di hotel

Oleh kerana kami plan nak ke Cat Cat Village esok hari, Fansipan pulak closed for maintenance, kami dah blur! Apa nak dibuat di Sapa? Takkan nak pergi lereng bukit sejuk-sejuk ni? Aduhhh! Nak ke Moana Sapa pun still tak berbaloi sebab masuk kena bayar untuk snappy plus tak nampak apa sebab kabus sangat tebal! Kami ambil keputusan jalan-jalan sekitar je.








Tangan dah kecut wak!













Balik hotel! Tak tahan sejuk!

Malam nanti sambung cari makanan halal! Ada 2 kedai halal yang kami ulang pergi. Kalau naik motor macam Gojek tu, ikut destinasi. Tapi aku kena scam caj sampai 50k Dong dari hotel ke Restoran Hajah Hawa. Takpelah, sedekah! 

Comments

Popular Posts