Sapa Market & Coffee & Tea Cafe

After Cat Cat Village, kami ke Sapa Market menaiki buggy. Murah je kali ni! Untuk kami berempat, 50k Dong dikenakan dari Hajah Hawa Restaurant ke Sapa Market. Jalan boleh tahan curam dan agak jauh jugak. Untung dapat pemandu tak cekik darah! 
Suhu makin sejuk ke camana ni? Nak berjalan pun risau motor tak nampak kami
Jualan tumbuhan di luar pasar
Pakaian etnik Hmong




Teh bunga yang famous ada dijual di sni


Lepas kami merayau dalam 15 minit kat Sapa Market ni, tangan dah sejuk.. kaki dah mula cramp, kami singgah minum di Coffee & Tea Cafe berhadapan dengan Sapa Market ni. Nak tengok kawasan pun takde mood dah! Sejuk sangat ni! Kami dalam mode "Alaa.... suhu macam kat Genting bila hujan je kot?" Haa... hamek kau! Over dari what we were expected!




Nak try hot egg coffee & coconut coffee




Hot egg coffee
Coconut coffee


Comments

Popular Posts