The St. Regis, Langkawi (Part 2)
Day 2 di The St. Regis, mood kami nak jalan snappy around dekat dengan Kayuputi Restaurant. Laluan ke Kayuputi boleh dilalui oleh buggy, penginap dari The Westin pun boleh jalan-jalan masuk ke The St. Regis. Vibes pagi memang indah. Kebetulan low tide (air surut).
Sarapan kat sini memang sedap! Ada buffet, set sarapan yang korang boleh pilih dan order anytime that u want, and some more live nasi lemak tu mahal! Teh tarik pakai TWG tea yang aku sangka tak 'rasa kampung' but ternyata rasa itu meleset! Sedap la! Nak minum nescafe pun ada! Just order ja apa yang korang nak.
Live nasi lemak station
Senyuummmmmm! Snap!
Hot tea yang awesome!
Latte
Nescafe panas padu
Memasing dah kenyang, let's kemas baju. By the way nak packing barang pun korang boleh call butler untuk tolong korang. Aku mintak dia sedaiakan air je sebelum check out ni. Nak sambung bermalasan lagi sebab hari semakin meninggi diri. Phewwww! Hangat betui ni!
By the way, during our stay kan, kalau korang fly to mana-mana selepas stay kat The Westin atau The St. Regis ni, korang entitled lepak kat lounge di airport Langkawi. Just bagitau room no dan tunjuk boarding pass je.
Apa saja kat dalam peti ais dan makanan kat situ is complimentary.
Sehingga bersua kembali Langkawi! Since 2018, setiap tahun aku datang ke Langkawi! Hahahha! Dah macam aktiviti wajib! Next round boleh try hotel lain pulak but MF memang dah jatuh chenta dengan The St. Regis Langkawi instead Four Season.
~Selamat bercuti!~
Comments
Post a Comment