Danz Eco Resort, Taman Negara: Day 1 (Part 2)

Lepas makan, kami terus ke bilik masing-masing. Terserah anda nak menginap 2D1N, 3D2N atau day trip yang berharga RM170 (lepas tanya 1 of the person) kat Danz. Diaorang datang jam 9 pagi, started with trekking, rapid shooting and ke perkampungan Orang Asli. Not bad huh? Cuma penat berganda jelah.

Jam 2.30 petang, kami diminta berkumpul untuk taklimat dan aktiviti yang akan kami lakukan sebentar lagi. Barang CSR dari geng kami berenam dah sedia, macam tuala wanita, candies, coloring books, crayon, color pencil, bubble stick untuk anak-anak Orang Asli Batek. Kita diwajibkan untuk tambah RM5/orang untuk sesiapa yang bawa hanphone, DSLR, gadget la senang cerita. Seems like a license la nak bawak masuk ke hutan. Tapi aku rasa lebih kepada entrance fees untuk masuk ke perkampungan Orang Asli tu nanti. KA dah bayar during checked in tadi. 

Briefing dulu sebelum masuk ke perkampungan Orang Asli Batek
1 boat 12 orang. Ni team kami campur dengan team lain baru kenal kat sana





5 minit naik boat dah sampai di perkampungan Orang Asli
Kita daki sket ehhh?






Kami diperkenalkan dengan sumpit dan cara nak hidupkan api bila dalam hutan, semua kena DIY ye tuan-tuan dan puan-puan. Macam suku kaum Batek ni, masih berpindah randah atau nomad. Makan hasil buruan dan hasil buruan dicari untuk keluarga masing-masing sahaja. Klu dapat kijang ka babi hutan ka, lain cerita. Makanan tersedap kat sini, kera masak kicap! Oh maaannnn! I kenot imagine it! Kang termuntah nescafe ais aku! Orang asli ni ada pelbagai suku kaum di Malaysia. Masih pemalu dan kedatangan kami ni dikira sebagai ekonomi jugak la buat mereka. 
Dia sangat appreciated pad tu sebab benda yg sangat diperlukan

Kalau lelaki yang sudah nak berkeluarga, cukup 4 perkara sebagai hantaran, yakni cermin, sumpit, pisau dan kain batik. Jumpa Tok Batin, terus declared as husband and wife! Murah dan mudah bukan? Heheheh! Rata-rata kaum wanita Batek mengukir kayu atau menganyam. Lelaki pulak keluar berburu. Toilet ada di kawasan tertentu. Sharing usage ye? Bukan di setiap rumah ada toilet! Fuhh!
Ready untuk rapid shooting? Let's go! Tapi hp aku dah masuk dalam plastic bag AA. Hanya berharap video dari Teha ngan Amal jela. Huhuhu! Tapi taleh la masuk aib kat sini kan? Korang boleh tengok how the rapid shooting is. For me, kalau nak less kena percikan air dari depan, better korang duduk dalam boat terpaling belakang. Kalau boat sebelah splash air dari tepi memang depan belakang tak kering weehhh! Kuang asam sungguh! Aku tak kisahkan baju yang basah tapi lebih kepada contact lens aku yang terkena percikan air sebab aku tak bawak extra! Hahahah! But the moment was awesome! 

Sampai ja Danz Eco Resort, kami terus naik bilik. Hari dah makin petang. Makin panas dan hangat. Padahal boleh je mandi kat sungai ni. Ada kayak, tayar untuk tubing dalam sungai. Kami dah siap mandi, baru nak turun balik, memang tidak la nak basahkan diri. Malam ni, jam 8.15 malam kena berkumpul untuk night jungle trekking di Mutiara Resort.



Saya sangat menantikan momen nak makan kat Danz ni sebab makanan mostly sedap!


Kenyang perut jom amik torchlight menyuluh masa depan awak dan sayaaaaaa! =p
Seberang sana tu Mutiara Resort
Naik truck sampai ke sini







Iye murid-murid, mari kita renung sejenak


Kayu gaharu bila bakar jadi wangi

Kami kat dalam hutan ni hanya mengira jejak langkah je. Sebab suara Arif ni hanya orang depan je boleh dengar. Kami kat belakang hepi-hepi suluh pokok. Semua binatang tak terlihat, asyik jumpa kala jengking ja! Pastu ulat gonggok yang lepak atas pokok! Binatang buas kalau dijumpai aku tatau nak lari ke depan ke lari ke belakang. Tak mungkin aku nak lari keluar dari hatimu! Eh! trek! =p sebab hutan tebal walaupun dalam kawasan Mutiara Resort! Sereeemmmm! 

Dalam 2 jam jugak perjalanan kami kat sini. Sebab banyak skip! Hahahaha! Tak kuasa aku! PakMail dari siang tadi message aku. Tak cukup sms, dia whatsapp! Takut betul anak dia dibaham pak Belang! 

Padahal aku dah tua masih concerned! Sobs!

Comments

Popular Posts