Taiwan: Wulai Waterfall

Kami bangun dari lena yang panjang, auto bangun jam 5.30pagi waktu Taiwan dah cerah! Turun ke lobi untuk usha cuaca sihat ke tak lagi ni? Masih punya harapankah kami di Chiayi? Tidak awak! Tiada route ke Alishan pada hari ini! Dengan muka pasrah lagi berserah, kami bersiap nak check out jam 9.30 pagi dan terus menuju ke HSR Chiayi untuk balik ke Taipei. Seat reserved untuk HSR semalam jam 7.09malam kami ubah terus jam 11.05 pagi. Oleh sebab kami ada 3 days Taiwan Pass, suka hati kita la nak olah tiket nak jam sekian. Cuma tak boleh fully utilize je sebab keadaan cuaca yang tak menginzinkan! Saja la tuuuu.. nak manja suh kami mai lagi kan? Weekkk!

Aku dah bagitau receptionist nak taxi jam 9.30 pagi, on time taxi sampai bawak kami ke HSR Chiayi. Banyak kerosakan di rumah kedai dan pokok-pokok sekitar bandar Chiayi. Aku tak snap gambar sebab nak save handphone bateri. NTD690 tambang dikenakan dari Hotel Maison De Chine ke HSR Chiayi.

Dari HSR Taipei (Main Station) kami naik Green Line ke Xindian untuk ke Wulai. Terus ke last station seperti di atas. Easy Card kami gunakan sebaik mungkin. Nak swipe kat Family Mart pun boleh, nak store luggage kat mana-mana station train pun takde masalah. Kami store our bag packs kat Xindian Station. Risau beg kami dibasahi hujan lagi. Cuaca kejap hujan kejap tidak ni! 

Bagus tentang Taiwan, even kami tak tukar simcard Taiwan just roaming our own Malaysia line, still warning alert message kami dapat. Di setiap pertukaran daerah, akan diberi warning alert message. Kat Malaysia, takde pun gitu! Huhuhu! Adakah sebab cuaca kita tak seteruk di luar negara? 
Nak pakai cash (coins), cards or Easy Card pun boleh



Pakcik bas ni lari bila aku nak tanya pasal bas ke Wulai Waterfall! Hampeh betui!
Pakcik taxi yang reduce harga untuk kami ke Wulai Waterfall
Kalau nak naik bas, beratur kat Tiang E sebelah tangga tu

Dah malas nak tunggu bas sebab ketar lutut berdiri dalam HSR Chiayi ke Taipei tadi, sambung jalan kaki tak tentu arah menuju Xindian (Green Line) dapat la duduk kejap. Aku ajak depa naik taxi ja. Malas aku nak berfikir secara lebih waras. Dah kecewa banyak ni. Pakcik taxi tadi reduce dari NTD980 ke NTD800 untuk 4 orang. Kalau naik bas pun tambang bawah NTD100, tapi masa bas menurunkan penumpang kena ambil kira jugak. Collect sorang NTD200 untuk terus sampai ke Wulai Waterfall dan ambil masa 30 minit perjalanan. Done! Let's go!

Nampak kepala babi menyeringai di situ
Haa... dah sampai! Cuma kami tak sempat nak mintak pakcik taxi berhenti kejap kat suspension bridge sebelum sampai waterfall. Nak jalan kaki turun ke bawah memang jauh beb! Dengan hujan renyai, lecak dan jalan agak kecil untuk kami yang besar? 

Bangunan yang tak terjaga













Hanya kami je ke yang naik ke puncak ni?







Kita bersambung di next chapter. Dah banyak sangat gambar kat sini! Hahaha! Apapun, kalau kat Wulai ni setakat nak habiskan masa, memang wajar. Sebab kawasan berbukit bukau dan ada waterfall yang cantik. Tapi, waktu kami sampai, orang 'atas sana' belum kunci air untuk penuhkan air di kolam diaorang tau? Next chapter baru korang akan faham kenapa. 

Stay tune!

Comments

Popular Posts