Taiwan: Beitou Hot Spring Park
Apa yang berlaku pada hari ini ialah, trip kami ke Yilan terpaksa dibatalkan akibat tanah runtuh. Klook dah message aku semalam mintak aku refund atau tukar date lain. Masalahnya esok kami nak ke Yehliu Geopark pulak. Memang takde masa dah sebab dah nak balik. Maka, kami cari alternatif lain ke mana harus kami tuju hari ni? Let's go to Beitou guys! Meh kita tengok apa yang menarik di kaki gunung Yangmingshan (Yangming Mountain).
Naik Red Line ke Beitou, kemudian dalam station yang sama, cari train kontot menuju ke Xinbeitou pulak
Kami tak singgah pun
Dari Station Xinbeitou, turun dari train korang boleh belok ke kanan atau ke kiri. Sama je jalan nak menuju ke Beitou Thermal Valley. Kami ambil jalan belah kanan, so akan jumpa Beitou Library dan bertentangan dengan Beitou Hot Spring Museum.
Beitou Library
Belah kanan ni semua kawasan resort yang ada rumah mandi or hot spring depa sendiri
Ternampak cafe cute ni, singgah basahkan tekak jap!
Sedap wehhh!
Aku rasa, summer kat Taiwan ni merengit kat ketiak kami bila keluar berjalan. Angin pun takda! Walaupun cuaca mendung, tapi hangat tu sampai ke kulit kami keluar je dari bilik hotel tadi. Melekit lak rasa! Aduhaaai! Takkan nak mandi kat hot spring pulak kan? Summer + typhoon ni! Lepak dalam 40 minit, kami terus ke Beitou Thermal Valley (Beitou Geothermal Valley or Hell Valley).
Masuk adalah percuma!
Suhu thermal waktu kami sampai, 453 degrees Celsius
Teringin nak campak telur agar aku dapat kenyang! Heheheh!
Ketagalan tribe yang jumpa kawasan hot spring. Diaorang panggil kawasan ni sebagai Pataauw. Pastu Jepun pun sampai, that's why senibina ada ciri-ciri dari Jepun. Okay, kami nak sambung merambu kejap. Nak jalan kaki ke Museum pulak. Padahal, tak teringin nak singgah pun sebenarnya! Heheheh!
Comments
Post a Comment