Taiwan: Sightseeing Taipei, Makan di Kunming Islamic Restaurant, Songshan

Aku checked out dari Hotel Papa Whale dan letak beg di bilik SN. Nanti 26hb aku akan checked in balik sebab kalau ikutkan plan asal, kami akan ke Taichung dan ke Sun Moon Lake by shuttle bas. Namun, kami hanya merancang, Allah SWT jua Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Typhoon Geime (Kemi) memang dah menggila di selatan Taiwan. HSR (High Speed Rail) yang patut kami plan jam 6.30 pagi, ditunda hingga jam 3 petang baru beroperasi. Adeh! Nak balik ke bilik, aku dah check out. Nak tumpang bilik SN dan Nz, bilik pun sekangkang aku belum tentu lepas! Hahaha! So, kami berpeleseran tanpa arah tuju area Taipei Main Bus Station sementara nak tunggu jam 3 petang. 

Kenal pasti color line train anda

Kami nak ke Taipei Main Station untuk aktifkan HSR day pass kami



Sekadar perkongsian, HSR ke Chiayi terpaksa kami beli NTD1090 kalau tak silap aku sebab khilaf kami tak baca term & condition sebelum nak activate Taiwan 3 Days Pass ni. Kalau nak guna, kena aktifkan 24 jam sebelum kita nak berlepas. Contohnya, kami sampai 24 Julai, so dari Malaysia kalau dah plan nak ke Taichung or Chiayi or Koahsiung nak naik HSR, kena aktifkan sebelum masa dan tarikh berlepas. Kami tak boleh nak elak sebab dah booking bilik di Hotel Maison de Chine, Chiayi 25-26/7 sebab nak ke Alishan 26 Julai tu. 
Taipei Main Bus Station
Jalan lengang







Mostly kat Taiwan ni, wajib order air sorang segelas, makanan tu takpe nak sharing. Kami lepak kat kedai ni sampai la keadaan stabil, hujan tak lebat sangat. Penduduk Taipei masih diberikan perintah darurat which was kalau keadaan tak perlu, jangan keluar dari rumah! Kami je degil. Nak jugak merasa typhoon kan? Haa... hamik! 

101 Tower

WTC
Seterusnya kami mencari makanan halal. Tengok juga bila restoran tu dibuka. Kalau tak kena gaya, memang cekelat angin la kita dah sampai, kedai pulak rehat atau ditutup. Dari Main Taipei station kami naik Songshan-Xindian Line (Green line) turun di Nanjing Fuxing. Pastu korang cari Exit 5 dan keluar dari terowong tu akan nampak Family Mart depan korang (sebelah kanan), lalu je ikut lorong tu, then belok kiri. 













Terima kasih tuan kedai sebab terima kami walaupun diaorang plan nak buka jam 5 petang sebab siang ni masih belum dibuka kepada pelanggan. Nasib la lakonan mantap Nz dan AA usap perut tanda lapar, belum makan, haaa.... ambik ko! Sebalang sambal dia bagi! Itupun ihsan tukang masak terima kami masuk dan order setakat apa yang ada kat dapur ja. Gambar kedua dengan ikan, kangkung, ayam, dan telur dadar ni kali kedua kami datang sebab ikan goreng tu sedap yakmat! Maybe susah nak cari makanan halal, lebih buatkan kami mensyukuri nikmat makanan. Licin kami santap! 

Comments

Popular Posts