Taiwan: HSR (High Speed Rail), Hotel Maison De Chine, Chiayi

Kekentalan kami diteruskan walaupun kami hanya berharap cuaca semakin baik di Taichung. Jangkaan meleset. Taichung banjir! Koahsiung juga! Oleh sebab trip ke Sun Moon Lake terpaksa dibatalkan, kami just sightseeing di sekitar bandar Taipei fully utilize our Easy Card yg super cute tu. By the way, paling murah berharga NTD100/card. Aku pilih yang cute, NTD120. SN amik yg mahal sket NTD150/card sebab ada map kat Easy Card dia.. kemahin kau nyaah! Huh!

NTD120, reload NTD500

Jam 2.30 kami di HSR Taipei, orang dah makin ramai beratur
Kami tak boleh reserve seat sebab HSR yang boleh reserve lewat sampai





Dah sampai station Hsinchu, orang dah berdiri

Boleh dikatakan, kalau naik dari Station Taipei, memang possible kita boleh duduk. Kalau gaya camni setiap weekend, memang susah nak cari tempat duduk kalau kat station besar. Yang pasti, mini Japan di Taiwan ni manusia memang berakal dan beradab. Mostly Taiwanese yang kami jumpa, belum lagi yang biadab walaupun language barrier. Sehabis usaha depa nak membantu and bersembang. Kami je angguk-angguk, geleng-geleng je. Kikiki! Wo phu ming bai!





Kami terus ke Exit 3 untuk taxi

Waktu kami sampai, angin typhoon baru said hello! Aduhaiii.. camni rupanya typhoon! Nama dia kali ni, Gaemi (Kemi). Dah semakin surut ke negara seberang, China. Sebelum ni dah membadai Filipina. No wonder la Taiwan, Hong Kong ramai pinoy. Rupanya dah dekat ngan diaorang. Kena kaji balik Geografi ni agar lebih memahami. Kena sidai tunggu turn taxi lebih kurang 55 minit baru turn kami sampai. Dalam perjalanan tadi, banyak pokok tumbang, angin masih menderu dahsyat. Dari HSR Chiayi ke Hotel Maison De Chine, tambang kami NTD650.

Berhadapan dengan Hotel Maison De Chine



Aku tanya receptionist bertugas. Esok train atau bas ke Alishan Forest memang tak dibuka! Aduhai! Sedih tau dak? Konon nak terus ke Taichung kot ada harapan ke Sun Moon Lake, still tak boleh jugak. Paling dekat, date 27 Julai baru route ke sana dibuka. Masalahnya, kami dah plan trip ke Yilan 27hb tu. Takpe, jom rehat kat bilik dulu, lenjun baju dan beg kami. Nak mandi basah kepala, kang ada yang demam pulak! Lagi haru!






Tingkap tu hanya rekaan semata-mata! Sticker je wak!

Love Coffee ni memang sedap!
Ke sudahnya, kami memasing habiskan sisa waktu di bilik hotel. Nak keluar pun dah takde hala tuju sebab mostly kedai tutup. Ada je kedai makanan Indonesia aku nampak tadi. Tapi tutup! Kalau korang plan nak ke Taiwan, sila check weather tau? Jangan jadi macam kami. Assuming July is summer! Memang betul summer, tapi jangan sangka cuaca baik-baik sahaja! Akan ada unpredictable happened kan? Aku harap, claim under Generali dapat claim balik apa yang kurang. SN dan Nz ambil insurance biasa, tak cover untuk bencana alam. So aku try claim refund untuk semua yang terlibat. 

Nak sambung layan Netflix! Selamat bercuti guys!

Comments

Popular Posts