Taiwan: 水料理 (fresh cuisine ) Halal MUSLIM FRIENDLY 溫體牛咖哩飯 (Fresh Cuisine Seafood)
Camana aku nak explain signboard kat atas tu haaa? Aku tanya Kaiyun, dia baca Sui liao li! Bila terjemah dalam bahasa Inggeris, jadi Water Cuisine. Aku tanya AA dengan SN, jawapannya Fresh Cuisine Seafood! Dah seharian tak jumpa nasi ni! Aktiviti kami sarat dan panas! So, dari Station Taipei kami naik Banna Line (biru line) ke Ximen, then tukar train Songshan-Xindian Line (line hijau) ke Taipei Arena. Ambil Exit 1, keluar je dari terowong, terus sket then belok kanan. Jalan terus je sampai jumpa jalan besar, ambil kiri. Haa.. situ la kedai makan terakhir kami di Taipei.
Hari menginjak senja
Siakap masak cili stim
Lupa dah sayur apa, tapi memang favorite orang sini
Nasi goreng sedap
Nasi kuning
Telur dadar oyster (tiram)
Harga makanan kami, NTD2900. Nak ke toilet dan solat sangat selesa, yang pasti ada bidet! Fuhhh! Bukan mudah nak makan makanan halal di Taiwan. Lepas ni, kena bawak bekalan travel set ye? Kalau nak cari tempat makan, tak kena dengan masa kedai dibuka, memang meraung lapar la jawabnya. Huh!
Comments
Post a Comment