Taiwan: Hotel Papa Whale, Taipei

Jam 6.30 pagi kami dah tercongok di KLIA2 nak checked in luggage and sarapan sebelum boarding to Taipei, Taiwan. Aku stayed at Tune Hotel, so takde la nak bangun awal subuh sangat. SN dan Nz dari Nilai, so diaorang naik Grab ke KLIA2. AA dari KL, met up at KLIA2 je. Nak sarapan kat Oriental Kopi, memang dahsyat nak beratur. Malas la! So, kami makan opposite Oriental Kopi tu. Lupa dah nama kedai. But not bad la...

Permulaan kami berjalan dengan lancar. Saat akhir nak landing, aduhaaai... typhoon gaemi daaa... Ini adalah bencana alam yang kedua selepas gempa bumi yang pernah aku alami. 


SN dengan Nz sibuk check typhoon tracker mana angin tu pergi. Hahaha! Aku rilex ja risau jugak kalau ada susulan gempa bumi selepas Hualien bulan April hari tu. Kusss semangat! Kami masih berharap trip kami baik-baik sahaja. Kang, Wisma Putra ada nama-nama kami pulak antara yang terkandas! Tidaaaak maahuuuuuu fofular sebegitu!




Tangga ke bilik basement
Bilik-bilik di basement
Dari pandangan lobi hotel






Kami dah arrange airport transfer dari Terminal 1 ke Hotel Papa Whale, Ximen. 4 orang, 2 luggage, RM159 sehala. Aku booked under klook.com. Waktu balik, kami mintak jasa baik Hotel Papa Whale yang arranged us to Terminal 1 Taoyuan dengan harga NTD1300 untuk 4 orang dan 2 luggage. Korang kena kenal pasti Terminal mana yang korang arrive and departure. Kalau under Air Asia, kat Terminal 1. Mostly, orang Taiwan tak pandai cakap English. Kalau korang pandai berbahasa Mandarin and Kantonis memang bonus untuk korang! Aku tau basic Mandarin jela. Sempat upgrade Mandarin aku sebelum sampai Taiwan. 






Easycard only NTD120, aku reload NTD500
Jalan kaki dari Hotel Papa Whale ke Ximen Street tak sampai 10 minit

Untuk pengetahuan korang, sebelum ni, aku pernah terbaca yang Hotel Papa Whale ni muslim friendly. Tapi, aku yang salah faham kot? Aku ingatkan makanan halal disediakan during breakfast ke hape, rupanya by order. Memang tak la kami nak makan kat hotel sebab masih meragukan. Hahah! Better korang jangan ambil sekali dengan breakfast, tapi boleh jalan kaki ke Lao Chang Muslim's Beef Noodle atau Chao's Beef Noodle dalam 750m dari hotel. Kami habiskan Maggi dengan roti yang kami bawak dari Malaysia sebab kedai makanan halal dibuka jam 9 pagi. Musim sekarang jam 5.30 pagi dah cerah, jam 6.30 petang dah Maghrib.

Easy card boleh digunakan secara meluas di Family Mart dan certain kedai. Aku lebih suka pakai Visa E-wallet aku compared SN pakai BigPay charges lebih tinggi dari Visa E-wallet tu. Tak sesia aku applied sebelum datang ke Taiwan. 

Kami nak jalan-jalan sebelum kena halau dengan polis Taipei ni. Maklum la, kerajaan isytihar darurat 24 & 25 Julai, kami masih berlepeseran ni! Hahaha! Taiwan 3 days Pass memang guna untuk HSR (High Speed Rail) semata-mata. Bas nak ke Sun Moon Lake atau Alishan, terpaksa kami cancel dan klook refund within a day. Alhamdulillah!

Comments

Popular Posts