Taiwan: Yehliu Geopark
Dalam itinerary kami, hanya Yehliu, Jiufen dan Shifen Waterfall yang tak cancel akibat dari bencana alam (typhoon gaemi). Yang lain semua canceled dek kerana typhoon membadai wilayah tertentu di Taiwan saat ini. Fuhh! Fenomena yang membuatkan ayah aku kerap sms anak dia di perantauan! Even dah tua bangka ni! Hari tu kat Taman Negara Pahang pun camni. Risau anak dia masuk hutan! Hari ni, updated Pak Mail tentang cuaca yang bersinar terang di Yehliu, New Taipei! Let's jalan-jalan!
Host Klook, Kelly (berbaju kuning)
Ahad, ramai pelancong mujur kami antara yang terawal gerak ke Yehliu Geopark
Ingat no bas tau? Silap bas, niaya je! Hahahah!
0837 kami selamat tiba di Yehliu Geopark dari Taipei Main Station
Entrance fee, tak termasuk dalam pakej kami. So aku dah booking siap-siap beli asing dengan klook.com lebih berbaloi sebab tak perlu beratur di kaunter tiket. Bayaran masuk NTD120/person, kalau student with ID Card, NTD 60/person. Kalau korang student dari mana-mana negara, bawak ID card siap-siap. Berbaloi sebab half price! Disable person pun boleh bagi ID disable card je.
Kami diberi masa 1 jam 45 minit untuk berada di sini
Beratur untuk posing dengan Queen's Head
Angin sangat kuat kat sini. Mujur dress aku tak terbang dengan tudung aku cover betul-betul. Kalau salah percaturan dengan aku melayang! Hahahah! Best la cuaca hari ni! Alhamdulillah! Saat-saat akhir dapat jugak layan real Taiwan! Walaupun kekecewaan kami masih belum terubat!
Bird watching
Sampah dibawa oleh arus kot kan? (Husnuzhon)
Founder Yehliu kot?
Jangan melebihi garisan merah bila naik ke sini
Kelly dah pesan, kalau nak beli souvenir atau makanan kat sini guarantee tak sakit perut tu tak ada. Even souvenir murah, tapi kualiti barang tak pasti elok ke tak. AA berkenan cap Taiwan kat area tu, tapi tak jadi beli sebab dia jual NTD250/cap lepas bargain.
Kalau setiap kali berhenti di pit stop, Kelly nasihatkan kami ke restroom sebelum naik bas sebab payah nak berhenti cari toilet. Macam biasa la, toilet kat Taiwan takde bidet dan bau hancing melata. Sebab tu aku dah standby botol air mineral atau travel bidet siap-siap. Toilet seat sanitizer pun aku bawak.
Jam 11 pagi kami gerak ke next destination!
Stay tune!
Comments
Post a Comment