Taiwan: Lao Chang Beed Noodle & Souvenir murah, Taipei

Untuk pengetahuan korang, kalau ke Taiwan dan menginap di area Ximending, korang boleh jalan kaki ke Lao Chang Beef Noodle. Of course lah halal! Ada sijil Halal tertera dan mostly ramai Indonesian makan kat sini. Kami belum jumpa Malaysian! Tapi dalam flight aritu ada la beberapa orang Melayu cuma tak sama waktu makan agaknya. 

Jam 6.30 petang dah Maghrib. Aku dengan AA je keluar malam ni sebab Nz dan SN masih merayap di kawasan Ximending cari souvenirs. Apapun, kami kena try ourselves jugak beef boodle kat Taipei! Ramai sangat Malaysian buat review kata sedap! 

Jalan kaki dari Papa Whale Hotel 700m camtu
Ada 2 kedai halal, Chang Beef Noodle dan Lao Chang Beef Noodle
Kedai tutup jam 8 malam


Banyak menu yang dah sold out termasuk dumpling


Air tak banyak pilihan





Kalau tak letak cili dalam sup, rasa sup tawar!

Kami sepakat mengatakan yang bukan kegemaran kami sebab mi kenyal dan potongan besar camni. Dah biasa makan kat Mi Tarik Malaysia tu, mi kecik runcing elok je nak telan. Plus, kami dah kenyang makan Fried Chicken Master lewat lunch, tak adil kalau cakap tak sedap langsung! Hahahaha! Apa yang aku boleh share, inilah dia. Jam 7.30 malam, crew dah mula kemas meja dan ambil barang-barang ready nak tutup kedai. Please plan your time bila nak try makan kat kedai ni, okey?

On the way dari Lao Chang Beef Noodle, kena bakar kalori. AA nak belikan staff dia souvenirs. Ada sesetengah kedai tak boleh swipe! Kedai ni boleh swipe card. Apa lagi? Sambung cari ole-ole dari Taiwan! Kami dah beli kat area Ximending malam pertama aritu. Much pricey dan korang boleh check material dan tawar menawar. Pit stop depan Hotel Solaria, memang puas hati! Korang try la cari Solaria Hotel tu nanti bila sampai di Ximen, Taipei. Pekerja yang served kami, student dari Indonesia di salah satu Uni di Taipei. Permulaanya, speaking je dengan kami. Lastly dia ngobrol! Cet! Ngapaan kamu nggak bilang dari Indonesia dikkk! Dasar bocah cilik! Hahahah! Chinese Indonesia. Patut la rupa paras memang tak perasan langsung dia dari Indonesia. 



Beli 3 utas NTD100


Aku beli t-shirt high quality kat area Ximen, NTD550/helai. Sini murah banyak, tapi kualiti biasa


Keychain NTD300 untuk 6 pieces

Comments

Popular Posts