Dinner at Latest Recipe Le Meridien Purajaya

Hai korang?
Dah makan ke belum? Kalau dah, rugi la nak ajak bertapa sambil makan buffet kat Latest Recipe Restaurant Le Meridien Putrajaya ni! Sebab harga buffet RM118/person starting at 6.30 pm until 10.30 pm. Haa.... Korang nak lelaju makan nak p mana? Better makan kat tempat lain. Untuk bajet kental cam aku, NH and Ika ni, kena fully utilize makanan kat sini. 

Sedia perut kosong?
Ready?
Jommms mentekedarah!



Sebelum masuk ke lobi hotel, macam biasa la kena checked suhu and check in tu. Then petugas akan tempek sticker kat baju korang. 

Buffet musim Covid kali ni, guest just duduk dendiam je. Menu hari ni, semua akan disediakan ke meja anda. Korang nak tambah apa, nak apa, sila panggil je petugas yang ada kat situ.
Menu mana yang korang tak mau, bagitau kat crew eh? Jangan membazir cam kitaorg ni. Dah la tak sentuh, camtu je terbuang raw salmon n seafood platter camtu je!







Chicken BBQ lazat

1st edition makan!

Apa? Ini je? Tidak wahai teman! Tidak! Ada lagi yang belum sampai. Bagi kami merapu sembang dulu then baru kita sambung edisi kedua. Dari 6 petang kami sampai sini, lepak sampai restoran tutup! Yeeeyyy! Misi terlaksana!

Tawaq hebiaq!
Mee tak celur sempurna
Mee goreng sedap
NH suka bolognese pizza ni
Manih melecaih!
So-so
Cappu and latte

Gambarajah di atas adala edisi kedua lepas solat Maghrib! Hahahah! Sabar wahai teman.. Sabar! Ada lagi makanan yang kami cancel sebab dah lebih muatan usus memasing! Jam 8.30 malam, kita masuk fasa ketiga, dessert!

Serawa durian (Ika sebat)
Small celebration for Ika
  
Haa... tanjat beliau dengan kedatangan crew bawak kek sambil bernyanyi gembira! Maka, surprised birthday untuk Ika menjadi! yeeeyyy! Padahal birthday dia lagi 2 minggu! 

Kalau korang ada credit card Maybank, waktu nak bayar tu akan dapat extra 30% and CIMB card 40%! Mujur Ika ada CIMB Card. Swipe je dah less 40% dari total harga makan ni. Extra cake, RM16/piece. Kalau members Le Meridien just collect point je. 

Sekian dahulu kisah mencekik kitaorang di malam minggu. Next month Ika nak belanja makan kat kayangan pulak. Aku ngan NH dah plan nak menginap KL je malam tu. Penat la nak balik time perut kenyang camni! Padahal ni la alasan konkrit nak sambung gosip lepas makan sebenarnya. Kikikiki!

Comments

Popular Posts