Tahanan barang di International Hub Pos Malaysia dan cara apply permit SIRIM

Baca tajuk dah meremang, inikan pulak si pemilik surat kiriman rasmi bersampul URUSAN SERI PADUKA BAGINDA! Oh maaann... what I have done? (Sambil nyanyi lagu Linkin Park) Kat  mana yang silap?
Macam renyuk, serenyuk hatiku
Silalah baca apa yang tertulis. Ini adalah suratan..

Maka, selepas menggelupur selama 30 minit tanpa sebab, aku baru tau yang Shark ada tumpangkan Iphone kawan dia dalam 1 parcel bersama dengan 3 ekor jam yang lain! Nak marah ke tanak eh? Okay, aku simpan marah aku kemudian dan berharap dapat tukar marah kepada voucher hadiah lain pulak! Sabar eh Sharkiey! I know what to request later! Huhu!

Aku tak pernah berurusan rasmi dengan mana-mana agency kerajaan sebelum ni. Kalau pergi Wisma Tani tu, sebab nak setel hal MAQIS ngan issue permit untuk company, ada la! So, kena jugak roger dak AB. Dia pun dah tolong banyak, contact mana-mana kawan dia yang ada link dengan Kastam bahagian Tahanan barang ni. Lastly, kami sepakat pergi Pos Malaysia International Hub dekat dengan LCCT tu, 10 July sebab kat surat kena setel sebelum sebulan dari tarikh surat dikeluarkan. Aku sayang jam aku. Maka, lelaju aku kena p setel. 

Pastikan korang bawak sekali salinan invoices, related documents yang menyatakan korang dapat atau beli dari luar negara. Macam aku, terima parcel dari Australia. Maka, segala pembayaran akan convert to AUD. Cash term saja tau?


Turun ke post pengawal untuk daftar and amik surat hijau

Korang nak parking dalam pun okay, kat luar pun okay. Aku beria pakai baju kurung ayu-ayu sebab nak ngorat Kastam! Hahahah! Padahal kastam ramai pompuan! Melepas niat di situ! =p
Hanya sorang dibenar masuk

AB gigih tunggu kat luar. Panas tu weehhh! Tapi aku dah belanja dia makan kat Aunty Aini's Cafe tadi sebelum datang sini. So, tunggu giliran dengan debaran lagi sabar. Kerusi pun ikut turn. Aku yang ke-10, macam lama je? Aku dok melengung dah. Suh AB naik minum kat cafe, dia ingkar! Dasar degil! Huh!

Minit ke 30, turn aku tiba. Polis Bantuan kat kaunter akan bagi korang no berwarna merah untuk menentukan turn masuk korang ke fasa seterusnya. Sila terus dan belok ke kiri. Letak borang hijau amik kat Post Pengawal tadi kat dalam bakul depan kaunter 1. Nanti personnel tu akan panggil nama korang. Amik parcel, then ke Kaunter 2. Kastam checked! Dah start menggelabah. Pegawai akan mintak kita buka parcel sendiri. 
Makcik ni yang buat parcel aku kantoi! Cis nan betui!
Kena apply permit kat SIRIM
Return balik ke Kaunter 1 as barang KIV

Kena setel permit dulu baru 1 parcel berisi 4 barang to release! Uwaaaaaa! Mujur aku banyak cuti! Kalau tak, terpaksa la aku hire agent untuk setel benda ni. Tapi, according to AB, dia dah sembang ngan Polis Bantuan depan tu... Kalau hire agent memang banyak dia ketuk! Better buat sendiri. Kalau dekat takpe, yang jauh camana? Second choice, korang boleh mintak orang lain yang dipercayai amik barang korang dan bagi email IC korang kat dia. Ada authorize la senang cerita. 

Then, aku kena study pasal nak buat permit SIRIM pulak. Aku tanya kawan aku, dia cakap kawan dia buat self service online je. Tapi tak bagi aku butiran lanjut. Aku pun harapkan MF tanya kawan dia yang keje kat SIRIM ni pasal prosedur. Lastly, kena datang sendiri jugak sebab gagal dapat feedback. Part ni yang korang kena alert sebab boleh online je! 

Building no 25



Tekan C

Aku share ngan korang sebab aku tamau korang buang masa cam aku melainkan korang suka nak berjalan-jalan melihat persekitaran SIRIM yang maha luas! Hahahaha! Masuk SIRIM, bagi lesen memandu kat post pengawal, check suhu, then ensure korang isi borang yang diberi. Pegawai yang korang berurusan kena sign jugak kat belakang form tu. 

Tak ramai orang kan? Smooth gilaaaa! Aku suka la berurusan camni. Tak pressure, tak stress and friendly! Pegawai yang aku tanya pasal approval permit after 20 minutes pun baik je layan on the phone. Jatuh chenta!

Firstly korang kena buka laman web ni ecomm.sirim/my/login.aspx 
Kalau korang fisrt time, tekan Individual tu, masukkan nama password then verification akan dihantar ke email korang. Dah dapat activation code melalui email, korang dah boleh isi butiran barang apa yang sangkut tu untuk apply permit online.

Tekan New product clearance application



Approved, sama ada korang print atau download cert ni dalam handphone korang

Korang pasti bijak daripada aku, so korang godek-godek kat dalam SIRIM portal tu isi dan download IC, invoices, related docs and barang korang tu mesti ada brochure. Aku copy paste je kat word, then attach sekali kat file attachment tu. Buat kat rumah pun boleh. Tak perlu datang ke SIRIM. Ni, aku bagi no phone pegawai terlibat kalau tak sure. 03-55445911 @ 03-55445883. Aku dapat pegawai yang baik dan friendly, so urusan aku smooth dan aku seronok nak bercakap ngan dia. Within 24 jam akan approved! Permit aku approved dalam masa setengah jam, dan aku boleh terus ke International Hub untuk release barang dalam hari sama.

So, langkah kat Pos Malaysia International Hub ikut macam di atas, bezanya kena ke hulu ke hilir Kaunter 3 nak tengok permit (macam aku, email direct kat pegawai pos), then lepaskan surat bayaran, pastu patah balik ke Kaunter 2 untuk pegawai Kastam semak barang, kira harga barang-barang tahanan untuk tax charges etc.

Worries not, Kaunter 1,2, 3 kat level sama dan korang boleh nampak dari kejauhan dalam 30 meter je. (Aku agak la..) Heheheh! 
Jumlah tax
Released from Kastam
Jumlah bayaran

Untuk 4 barang, 3 utas jam dan 1 unit Iphone, aku kena bayar RM230.60 termasuk permit RM20. Cash term je tau? Jangan jadi macam aku. Kena amik peduli barang apa yang kawan-kawan korang nak post dari luar negara atau korang jangan nak order barang atau ubat-ubatan melebihi yang sepatutnya. Still kena tahan jugak. 

Aku dah kena bebel ngan 3 orang pasal benda ni! Dan aku akan masukkan harga dibebel, masa, sabar, dalam bucket list untuk Shark selain duit bayaran! Muahahahah!

Harap benda ni membantu korang. Jangan takut terima surat dari Kastam bab tahanan barang ni. Unless memang pengirim ada post barang bebukan macam dadah ke, binatang ke, telur ke... Haa... tu masalah lain! 

~Tengkiu sebab sudi baca masalah aku kali ni~
Stay safe, jangan nakal-nakal!

Comments

  1. Kene buat segale ape yg sis buat tu ke? Sirim bagai segale tu..huagh brg saya ada sangkut jugak 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call je pegawai SIRIM dulu tanya info barang tu camana nak release. Kalau boleh buat online, lebih mudah. Apapun, all the best! =)

      Delete
    2. Sis nak tanya, apply sirim tu after order barang Dari luar ke sbelum? Saya 1st nk beli dri luar negara .. Notice me .. T_T

      Delete
    3. Better call SIRIM untuk confirmation. Selalu apply sesiap sebab barang dari luar negara nak elak kastam check cukai etc. Let say barang tu kantoi, at lez dah ada form SIRIM and lampirkan waktu nak ambil barang kat kastam je. Tak payah banyak keje p mai p mai. (^_^)Y

      Delete
  2. Kat masa nk bayar cukai tu kat post atau sirim

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts